JERUSALEM: Puluhan ribu rakyat Israel melakukan demonstrasi di seluruh negara pada petang Sabtu menentang rancangan kerajaan untuk merombak sistem kehakiman, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan memperhebat tindakan, yang kini memasuki minggu ke-29, menjelang sesi undian terakhir mengenai rang undang-undang mengehadkan kuasa mahkamah dalam menyemak keputusan dan pelantikan kerajaan.
Undian itu dijangka dibentangkan pada Isnin.
Di Baitulmaqdis, kira-kira 35,000 penunjuk perasaan berarak sejauh 70 km dari Tel Aviv dan berkumpul di sekitar parlimen dan bangunan kementerian lain.
Pada petang Sabtu, pasukan simpanan tentera Israel mengumumkan pada sidang media bahawa mereka mempunyai lebih 10,000 tandatangan yang enggan hadir bertugas.
Selama berbulan-bulan sejak kerajaan mengumumkan rancangan merombak sistem kehakiman, media Israel telah melaporkan peningkatan pembelotan tentera simpanan, menimbulkan kebimbangan bahawa keadaan ini boleh menjejaskan kesediaan tentera.
Akhbar tempatan turut melaporkan bahawa ketua kesatuan buruh terbesar Israel akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan sama ada akan melancarkan mogok umum di negara itu.
Penyokong kerajaan dijangka mengadakan protes besar-besaran pada Ahad untuk mempertahankan reformasi kehakiman.
Netanyahu menegaskan bahawa pembaharuan itu perlu bagi mengehadkan sistem kehakiman, yang telah menjadi terlalu berkuasa sejak beberapa dekad kebelakangan ini.
Mahkamah Agung juga didakwa sering campur tangan dalam isu politik yang sepatutnya ditentukan oleh parlimen.
Penunjuk perasaan mendakwa bahawa pembaharuan itu akan melemahkan mahkamah dan memberi kuasa tanpa had kepada pakatan pemerintah.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Sun Jul 23 2023

Penunjuk perasaan mendakwa bahawa pembaharuan itu akan melemahkan mahkamah dan memberi kuasa tanpa had kepada pakatan pemerintah. - Gambar/ Reuters

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan
IDF akan kekal di pos tersebut untuk memastikan tiada ancaman kepada penduduk Israel.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Hanya segelintir pemimpin AS setuju ambil alih Gaza - Senator AS
Hanya segelintir pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang senada dengan hasrat Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza.

Genjatan senjata: Keluarga tebusan Israel gesa Netanyahu bawa pulang tahanan
Setakat ini, 19 tebusan Israel telah dibebaskan dengan ratusan tahanan Palestin dibebaskan sebagai balasan.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.