BANGKOK: Seorang lelaki dilaporkan koma selepas disyaki terkena tembakan di kepala semasa menyertai tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok.
Bagaimanapun, polis menafikan pihaknya menggunakan peluru hidup ketika menyuraikan penunjuk perasaan di Persimpangan Din Daeng, pada Isnin.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Hospital Rajavithi Bangkok memaklumkan, ia mendapati sebutir peluru di leher lelaki yang dikejarkan ke hospital pada malam Isnin kerana cedera terkena tembakan dan menerusi imbasan sinar-x mendapati peluru itu terlekat berhampiran otaknya.
Identiti mangsa berusia lingkungan 20-an masih belum dikenal pasti kerana dia tidak membawa sebarang kad pengenalan. Akhbar Bangkok Post melaporkan, lelaki itu kini koma dan perlu diberi alat bantuan pernafasan.
Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan cedera selepas bertempur dengan polis dengan tiga daripadanya cedera akibat terkena tembakan, termasuk lelaki yang belum dikenal pasti itu. Dua lagi - seorang remaja 14 tahun, didapati cedera di bahu akibat terkena tembakan.
Pada Isnin, penunjuk perasaan antikerajaan bertempur dengan polis di Persimbangan Din Daeng, dekat dengan kediaman Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha. Ini adalah pertempuran keenam yang meletus di lokasi sama sejak 7 Ogos.
Menurut satu kenyataan Biro Polis Metropolitan, mangsa ditembak di Persimbangan Din Daeng tetapi siapa yang menembaknya masih menjadi misteri.
Polis menahan 13 penunjuk perasaan termasuk lima di bawah umur ketika bantahan yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam (waktu tempatan) Isnin itu.
Selain itu, dua anggota polis turut dilaporkan cedera manakala empat pondok polis rosak.
Sementara itu, jurucakap Kemenerian Hal Ehwal Luar Thailand, Tanee Sangrat sekali lagi menegaskan, pihak berkuasa tidak menggunakan peluru hidup ketika mengambil langkah mengawal perusuh.
Beliau berkata, polis turut mematuhi prosedur selaras dengan undang-undang domestik serta amalan antarabangsa.
"Hanya peluru getah dan penghadang jalan digunakan dalam sebahagian daripada operasi mengawal perusuh.
"Bagaimanapun, polis turut mengesahkan peluru hidup yang tidak diketahui milik siapa, dijumpai di lokasi kejadian. Sehubungan itu, siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, penunjuk perasaan antikerajaan kembali mengadakan bantahan menuntut Prayuth meletak jawatan kerana mendakwa kerajaan gagal menangani COVID-19 dan program vaksininasi yang perlahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 17 2021

Pada Isnin, penunjuk perasaan antikerajaan bertempur dengan polis di Persimbangan Din Daeng. Ini adalah pertempuran keenam yang meletus di lokasi sama sejak 7 Ogos. - Foto REUTERS

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.

Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.

Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.

Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.

23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.

ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.

Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.

Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.