Gara-gara tertinggal kunci dan cuba panjat ke bahagian dapur untuk masuk ke rumah, seorang penuntut warga Sweden maut terjatuh dari tingkat 22 kondominium didiaminya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 3.17 pagi, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di tingkat dua sebuah kondominium di USJ 1 sebelum kejadian dimaklumkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata rakaman CCTV menunjukkan mangsa kelihatan berdiri di koridor rumahnya di tingkat 22 kira-kira jam 3.10 pagi.
Menurutnya, mangsa yang merupakan penuntut kolej swasta dipercayai tidak membawa kunci rumah menyebabkan dia bertindak memanjat melalui bahagian dapur.
"Bagaimanapun, mangsa tergelincir ketika memijak kompresor pendingin hawa sebelum terjatuh dan tersangkut di bumbung tingkat dua kondominium berkenaan.
"Pemeriksaan dibuat dapati mangsa sudah meninggal dunia. Sepasukan anggota dari Balai Bomba Subang Jaya terpaksa dihubungi bagi membantu menurunkan mayat mangsa,"katanya.
Kematian mangsa yang berusia 20 tahun itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Sinar Harian
Thu Aug 30 2018
Gara-gara tertinggal kunci dan cuba panjat ke bahagian dapur untuk masuk ke rumah, seorang penuntut warga Sweden maut terjatuh dari tingkat 22 kondominium didiaminya, semalam. -Foto Sinar Harian
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Penuntut Sweden maut terjatuh tingkat 22
Mangsa yang merupakan penuntut kolej swasta dipercayai tidak membawa kunci rumah menyebabkan dia bertindak memanjat melalui bahagian dapur.
Kes curi uniform polis di kedai dobi adalah palsu
Khalid melalui laman Twitternya, menafikan dakwaan kecurian berkenaan yang telah diviralkan di laman media sosial sejak semalam.
Simpati bawa padah, anak dibawa lari wanita asing selepas terima bantuan
Kehilangan mangsa dan wanita itu disedari kira-kira pukul 5 pagi Selasa selepas suspek diberitahu akan dihantar ke Kedutaan Indonesia.