BAU (Sarawak): Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata penurunan jumlah kes baharu kepada dua digit itu berlaku sejak beberapa minggu lepas sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa jumlah kes COVID-19 akan meningkat berikutan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, yang lepas.
"Saya berterima kasih kepada rakyat telah mendapat vaksinasi dan juga dos penggalak yang dapat mengawal (penularan) COVID-19 ini. Apabila angka menurun, mudah-mudahan kita dapat masuk fasa empat, maka ekonomi kita akan dibuka (sepenuhnya)," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-65 Majlis Daerah Bau di sini hari ini.
Kes harian COVID-19 di Sarawak menunjukkan trend penurunan dari tiga digit kepada dua digit bermula dengan 91 kes dilaporkan pada 4 Dis lepas kepada 23 kes yang direkodkan semalam.
Abang Johari berkata penurunan kes COVID-19 dan peralihan ke fasa empat bakal memberi kesan positif kepada kegiatan perniagaan dan aktiviti lain yang memberi manfaat ekonomi kepada masyarakat.
Sebagai usaha meneruskan pembangunan ekonomi Sarawak, beliau berkata penglibatan sektor swasta akan dipergiat khususnya dalam pembangunan yang tidak dapat dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
"Dalam proses pembangunan, kita memerlukan penglibatan sektor swasta dan mereka akan menyuntik dana, manakala kerajaan pula akan memudahkan mereka (sektor swasta) membangunakan kawasan tertentu termasuk di Bau," katanya.
Dalam pada itu, Abang Johari berkata pembangunan infrastruktur asas khususnya di kawasan luar bandar dijangka dapat disiapkan dalam tempoh lima tahun yang seterusnya membolehkan tumpuan dapat diberikan ke arah meningkatkan program inovasi dan pembangunan bakat rakyat Sarawak dalam bidang teknologi baharu.
"Sebab itu kita galakkan sektor swasta untuk menjana ekonomi kita dan kalau ini berlaku, saya nampak masa depan kita di Sarawak adalah cerah. Kita ada pendekatan sendiri, rakyat sendiri dan cara membangunkan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
![Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640854819_TBABGJO.jpg)
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat kawasan Tasik Biru yang merupakan mercu tanda Bau pada Sambutan Ulang Tahun ke- 65 Majlis Daerah Bau hari ini. - Foto BERNAMA
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
![COVID-19: China henti umum angka korban, kes harian COVID-19: China henti umum angka korban, kes harian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670418723_BeijingChinacovi.jpg)
COVID-19: China henti umum angka korban, kes harian
NHC memaklumkan langkah terbaharu itu sekali gus menamatkan amalan yang dibuat sejak awal 2020.
![COVID-19: Kes harian menurun kepada 2,239 pada Ahad COVID-19: Kes harian menurun kepada 2,239 pada Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628321834_pekerjaPasar.jpg)
COVID-19: Kes harian menurun kepada 2,239 pada Ahad
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4.47 juta kes.
![COVID-19: Shanghai lanjutkan sekatan COVID-19: Shanghai lanjutkan sekatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652147814_COVIDoutbreakin.jpg)
COVID-19: Shanghai lanjutkan sekatan
Setakat ini, masih belum jelas mengapa sekatan tersebut dilanjutkan walaupun kebanyakan kawasan menunjukkan penurunan kes harian.
![COVID-19: Kes harian terus menurun dengan 6,623 kes baharu COVID-19: Kes harian terus menurun dengan 6,623 kes baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622294767_Saringan.jpg)
COVID-19: Kes harian terus menurun dengan 6,623 kes baharu
Daripada jumlah itu, 6,581 kes adalah dari kategori satu dan dua, manakala 42 kes adalah dalam kategori tiga, empat, dan lima.
![COVID-19: Kes harian menurun sedikit kepada 20,923 COVID-19: Kes harian menurun sedikit kepada 20,923](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647068038_TBANTIGEN.jpg)
COVID-19: Kes harian menurun sedikit kepada 20,923
Daripada jumlah tersebut, hanya 115 kes atau 0.55 peratus dalam kategori 3, 4 dan 5.
![COVID-19: Jerman tarik semula kebanyakan larangan COVID-19: Jerman tarik semula kebanyakan larangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647561196_TBVIRUSGERMANY.jpg)
COVID-19: Jerman tarik semula kebanyakan larangan
Langkah itu diambil ketika kes harian COVID-19 di negara itu masih mencatatkan peningkatan drastik.
![COVID-19: Korea Selatan sahkan lebih 40,000 kes baharu COVID-19: Korea Selatan sahkan lebih 40,000 kes baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647151121_seoulkoreaselatan.jpg)
COVID-19: Korea Selatan sahkan lebih 40,000 kes baharu
Jumlah kes COVID-19 dalam negara itu kini melonjak kepada 7.63 juta kes.
![COVID-19: Kes harian meningkat dalam dua tahun di China akibat Omicron COVID-19: Kes harian meningkat dalam dua tahun di China akibat Omicron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644455789_CHINA.jpg)
COVID-19: Kes harian meningkat dalam dua tahun di China akibat Omicron
Pada Ahad, China melaporkan 214 kes jangkitan tempatan di wilayah Guangdong, Jilin dan Shandong.
![COVID-19: Kes baharu lepasi paras 20,000 - Dr Noor Hisham COVID-19: Kes baharu lepasi paras 20,000 - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643190549_DatukDrNoorHisham.jpg)
COVID-19: Kes baharu lepasi paras 20,000 - Dr Noor Hisham
Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan selepas 20,939 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
![Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640854819_TBABGJO.jpg)
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.