KUALA LUMPUR :Penurunan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-Naught (R0) daripada 2.2 kepada 1.1 di negara ini memberi sedikit kelegaan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat.
Bagaimanapun menurut Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman, penurunan nilai R-Naught itu tidak memberi indikasi bahawa kes positif COVID-19 dijangka menurun.
Sebaliknya, penularan COVID-19 juga jelasnya bergantung kepada faktor di lapangan termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh masyarakat setempat.
"Bagaimanapun nilai R-Naught semata-mata bukan indikasi untuk menunjukkan pada masa sekarang dan akan datang adakah kita jangka kes menurun, ia tidak semestinya sedemikian. Banyak keadaan lain menyumbang faktor kes berlaku di lapangan.
"Jadi nilai R-Naught itu memberikan makluman, bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah bertepatan. Tetapi bagi kita di peringkat masyarakat pula, seharusnya kena teruskan langkah-langkah SOP, kita tidak boleh kata apabila R-Naught itu dah turun, kita melonggarkan langkah keselamatan dan SOP. Itu adalah langkah tidak tepat, kita perlu terus serius untuk patuh SOP dan patuh apa yang dimaklumkan pihak KKM," katanya.
Disamping itu, tindakan agresif oleh pasukan petugas barisan hadapan terutamanya KKM amat bertepatan dalam kejayaan menurunkan nilai R-Naught daripada 2.2 kepada 1.1 ketika ini.
Malah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sesuatu kawasan penularan COVID-19, jelas Dr Malina, adalah langkah terbaik kerajaan dalam membendung penularan COVID-19 dan wajar mendapat sokongan berterusan rakyat.
Fareez Azman
Mon Nov 02 2020

Penularan COVID-19 juga jelasnya bergantung kepada faktor di lapangan termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh masyarakat setempat. - Gambar fail
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Apple perkenal MacBook Air dengan cip M4
Komputer riba ini dilengkapi kamera 12MP Center Stage dan memori bermula dari 16GB RAM.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Suri rumah tanam lebih 70 jenis sayuran beri pulangan lumayan
Dia mula mencuba nasib menjinakkan diri dalam bidang tanaman ini bagi memenuhi masa lapang ketika pelaksanaan PKP.

Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.

4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.

Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.

Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.

Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.

Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.

MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.

Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.