KUALA LUMPUR:Keputusan Fitch Ratings menyemak turun penarafan Malaysia sebenarnya turut mencerminkan kesan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi negara dan bukan kemampuan Malaysia untuk membayar balik hutang semata-mata, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata Malaysia tidak pernah memiliki rekod tidak membayar hutang malah prestasi pembayaran hutang oleh Malaysia adalah amat baik.
"Keadaan ekonomi kita juga kukuh dan pelbagai, dengan purata kadar pertumbuhan pada 6.1 peratus bagi tempoh 1971 hingga 2019.
"Angka ini adalah antara tertinggi di dunia, di mana negara membangun mencapai tiga peratus pada tempoh yang sama.
"Ini menunjukkan pencapaian eksport dan rizab antarabangsa Malaysia berada pada tahap yang baik," katanya dalam program Bicara Naratif yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen TV1 malam tadi.
Bicara Naratif yang dihoskan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar kali ini mengupas tajuk Rancangan Malaysia Ke-12 dan Pembangunan 2021.
Mustapa berkata bagaimanapun kerajaan mengambil iktibar daripada penurunan penarafan tersebut dan akan membaiki kedudukan kewangan negara.
Beliau berkata Malaysia telah melalui pelbagai krisis ekonomi yang serius termasuk krisis kewangan pada 1997/1998 dan 2008.
"Apabila kita menghadapi krisis kewangan, ekonomi kita akan pulih dengan cepat dan berdasarkan rekod masa lalu, kita yakin akan dapat mengulangi pencapaian ini.
"Apapun, kita perlu ambil perhatian mengenai pengurusan kewangan, tadbir urus negara dan kestabilan politik. Kerajan komited untuk memastikan negara kembali pulih," katanya.
Pada 4 Dis lepas, Fitch Ratings telah menyemak turun Penarafan Mungkir Penerbit (IDR) Mata Wang Asing Jangka Panjang Malaysia kepada 'BBB+' daripada 'A-' dengan prospek stabil berikutan impak krisis COVID-19 yang tidak hanya menjejaskan kredit metrik utama negara, tetapi juga negara-negara lain.
Pada masa sama, agensi penarafan antarabangsa itu turut mengiktiraf tindakan pantas pihak berkuasa menangani krisis itu dengan langkah-langkah bantuan penting untuk individu dan perniagaan yang terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 08 2020

Mustapa berkata, kerajaan mengambil iktibar daripada penurunan penarafan tersebut dan akan membaiki kedudukan kewangan negara. - Gambar fail
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Fitch Ratings sahkan penarafan 'BBB+' bagi IDR Malaysia, unjuran stabil
Penarafan itu disokong oleh pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh serta berleluasa, dipacu oleh pelaburan domestik dan asing yang kukuh.

Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.

Kadar dasar faedah capai paras tertinggi dengan penurunan agak perlahan
Ia menjangkakan Fed AS, ECB dan Bank of England melaksanakan pemotongan kadar, walaupun ia lebih perlahan daripada jangkaan pasaran.

Pengesahan penarafan Malaysia oleh Fitch cerminkan komitmen reformasi fiskal kerajaan
MOF memaklumkan bahawa kerajaan mengalu-alukan pengesahan penarafan kredit berdaulat Malaysia dengan tinjauan stabil oleh Fitch.

Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings
Permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan perbelanjaan pembangunan lebih besar digariskan dalam RMK-12 akan menyokong pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.

Pemulihan fiskal global perlahan pada 2022 dan 2023 - Fitch Ratings
Fitch berkata kadar faedah dasar yang semakin meningkat menandakan berakhirnya era kos pinjaman kerajaan yang sangat rendah.

Fitch Ratings kekalkan penarafan jangka panjang Malaysia, unjuran stabil
Menurutnya, Malaysia mempunyai prospek untuk pertumbuhan jangka sederhana yang meluas dan kukuh, disokong lebihan akaun semasa dan asas eksport yang pelbagai.

Penurunan penarafan oleh Fitch cerminkan kesan COVID-19 ke atas ekonomi negara - Mustapa
Mustapa berkata Malaysia tidak pernah memiliki rekod tidak membayar hutang malah prestasi pembayaran hutang oleh Malaysia adalah amat baik.

Asas kukuh tidak berubah, kekalkan dasar kewangan konservatif - Petronas
Petronas menegaskan asasnya yang kukuh membolehkan syarikat itu bertahan daripada turun naik dan kejutan dalam pasaran.

Ringgit jatuh berbanding dolar AS kerana kekurangan permintaan
Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0830/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0620 ketika ditutup Jumaat lepas.