KUALA LUMPUR: Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Sultan Azlan Shah menghala ke Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru) mulai hari ini hingga 11 April 2022.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan tersebut bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf persimpangan bertingkat di Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Tun Razak, Jalan Tun Ismail, Jalan Ipoh dan jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan itu, kenderaan dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah ke Sentul) menghala ke Lebuhraya Sultan Iskandar akan dilencongkan ke Jalan Rahmat dan juga Jalan Sentul-Jalan Sentul Manis-Jalan Tun Razak untuk ke Lebuhraya Sultan Iskandar.
Kenderaan dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah ke pusat bandar raya) pula akan dilencongkan ke kiri Jalan Tun Razak dan membuat pusingan U sebelum Bulatan Pahang melalui Jalan Pahang-Jalan Tun Razak untuk ke Lebuhraya Sultan Iskandar.
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda sementara sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 12 2021
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda sementara sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 3 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Jepun lancar roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
Ribuan bantah pengusiran imigran di Atlanta
Ribuan berhimpun di sepanjang lebuhraya Buford di Atlanta, Georgia selepas pihak Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat mengumumkan pelaksanaan operasi bersasar di metro Atlanta. Ia sebagai tanda protes terhadap tindakan itu yang dilaksana dibawah arahan Presiden Donald Trump sejurus pelantikannya kembali ke White House minggu lalu.
Lelaki ditahan disyaki seludup motosikal dari negara jiran
Polis menahan seorang lelaki, semalam, dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran.
Netanyahu ke Washington bertemu Trump
Netanyahu, pemimpin asing pertama yang membuat kunjungan sejak pelantikan Trump bulan lalu, meninggalkan Israel ketika gencatan senjata di Gaza masih berjalan dan rundingan fasa kedua dijangka bermula minggu ini.
Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Bersama Mohtar Samat, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Sarawak bagi membincangkan Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Istiadat Pertabalan Agong: 14 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara
Sebanyak 14 jalan raya di sekitar ibu negara yang terlibat dalam upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan ditutup secara berperingkat pada Sabtu ini.
Projek LRT3: Lencongan sementara di Jalan SS7/25 sehingga 7 Okt
Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bermula 16 Julai hingga 7 Okt ini dari 10 pagi hingga 5 petang.
Lorong di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup sementara, dilencongkan
Pemaju projek The Light, IJM Land Bhd memaklumkan terdapat penutupan lorong sementara dan lencongan trafik di median laluan Bayan Lepas dan George Town di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Selasa.
500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam
Terdapat lencongan dan penutupan jalan bagi memberi ruang kepada perayaan serta perarakan pedati juga kavadi.
LEKAS ditutup Sabtu dan Ahad ini, beri laluan kepada RHB LEKAS Highway Ride 2023
LEKAS akan ditutup sementara dari 5 petang Sabtu ini hingga 4 pagi keesokannya untuk memberi laluan kepada acara berbasikal malam tahunan RHB LEKAS Highway Ride 2023 (Edisi ke-8).
LTdL: Polis Perak umum lencongan, penutupan jalan
Lencongan dan penutupan jalan akan dilaksanakan di beberapa lokasi di negeri ini sempena perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-27 pada tahun 2023.
22 jalan ditutup sementara sempena Hari Kebangsaan - Polis
Penutupan jalan itu akan bermula dari pukul 5 pagi hingga 11 pagi.
Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat dilakukan mengikut keperluan semasa sepanjang sesi raptai program pada 29 dan 30 Julai.
Jalan utama ditutup sebulan, aliran trafik Gua Musang mulai sesak
Hari pertama penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis menyebabkan aliran trafik sesak.