Beliau berkata angka berkenaan menunjukkan kes penyalahgunaan dadah di Kelantan merupakan negeri ketiga tertinggi di Malaysia selepas Selangor dan Johor.
"Antara faktor penyalahgunaan dadah adalah kerana Kelantan terletak berhampiran sempadan negara jiran, Thailand, yang memudahkan barangan terlarang itu memasuki negeri ini dengan cepat.
"Selain itu, rakyat negeri ini lebih peka terhadap isu dadah, menyebabkan mereka akan segera membuat laporan sekiranya berlaku kegiatan berkaitan dadah di kawasan mereka, sekali gus meningkatkan statistik kes yang direkodkan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) 2025 di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat negeri berkenaan berkata situasi penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan Kelantan tetapi juga seluruh negara.
LAGI
PEMADAM-KELANTAN 2 (AKHIR) KOTA BHARU
Zamakshari berkata pihaknya yakin usaha pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand sejak 1 Disember lalu dapat membantu mengurangkan jenayah berkaitan dadah di negeri ini.
"Kami akan melaksanakan sesi libat urus bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pasukan keselamatan bagi memperkasakan Pemadam di peringkat negeri.
"Libat urus ini mempunyai sasaran tertentu, contohnya kami berhasrat mengurangkan kes sebanyak 10 peratus dalam tempoh beberapa tahun," katanya.
Selain itu, katanya Pemadam negeri sedang berusaha melantik Setiausaha Kerja sepenuh masa kerana ketika ini tugas tersebut digalas oleh individu secara separuh masa.
-- BERNAMA
