KUALA SELANGOR: Masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah serta bahan terlarang di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus dari Januari hingga Jun tahun ini, berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
Statistik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan, sebanyak 118,820 orang direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding 93,534 orang pada tahun 2022.
Menurut Ketua Pengarahnya, Sutekno Ahmad Belon, berdasarkan trend, lebih 65 peratus penagih dadah dikesan menggunakan dadah sintetik, dengan kebanyakannya adalah dalam kalangan belia.
"Untuk enam bulan pertama ini pengesanan aktif yang dilakukan oleh AADK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati berbanding tempoh sama tahun lepas, ada peningkatan yang tinggi yang telah kita rekodkan. Ia menjadi usaha AADK untuk memastikan bahawa mereka yang mengalami masalah penagihan dadah dapat dikesan awal untuk diberikan rawatan segera.
"Ini kerana rawatan awal lebih baik untuk mengurangkan masalah penagihan dadah menjadi lebih parah lagi.
"Salah satu daripada masalah yang kita kesan adalah golongan remaja dan belia ramai menagih dadah kerana faktor waktu senggang yang banyak atau tidak ada aktiviti yang dibuat.
"Sebab itu kita lancarkan Sukarelawan SKUAD Antidadah untuk pastikan golongan belia ini ada aktiviti berfaedah yang boleh dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas Program Retreat Bersama Klien dan Malam Apresiasi Media, di sini, pada Rabu malam.
Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan rekod semasa juga, empat negeri yang mencatatkan penyalahgunaan dan penagihan dadah tertinggi berdasarkan nisbah peratusan penduduk ialah Perlis, Kedah, Kelantan, serta Terengganu.
Sehubungan itu, Sutekno menambah, AADK ketika ini sedang menggandakan usaha bagi menurunkan jumlah individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah, daripada 426 orang bagi setiap 100,000 penduduk kepada bawah 400 orang.
"Cara pengiraan kita nak tengok sama ada kadar itu tinggi atau rendah, bagi setiap 100,000 penduduk ada berapa jumlah penagih dadah? Jadi kita sasarkan bagi setiap 100,000 penduduk mesti bawah 400 orang (penagih).
"Pada tahun lepas berdasarkan rekod kita bagi setiap 100,000 penduduk, ada 426 orang penagih dadah. Jadi kita nak turunkan ke bawah 400 orang menjelang tahun 2025," ujarnya lagi.
Sementara itu, Sutekno berkata trend penyalahgunaan dadah pada 2022 adalah melibatkan jenis methamphetamine, heroin serta ganja, dengan tiga sumber bekalan tertinggi dikesan diperolehi daripada tokan, kawan dan saudara.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan kadar pemulihan klien AADK pada tahun lalu kekal 71 peratus daripada setiap 100 klien yang mendapatkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan.
Selain itu, ujar Sutekno pihaknya menyasarkan sejuta belia menyertai Sukarelawan SKUAD Antidadah menjelang pertengahan tahun 2024.
"Kita baru lancarkan secara agresif pada tahun ini, sekarang seramai 120,000 belia telah menyertai Sukarelawan SKUAD Antidadah," kata beliau.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 20 2023
Sutekno memberi taklimat pada Program Retreat Bersama Klien dan Malam Apresiasi Media yang diadakan di Kuala Selangor pada Rabu malam. - Gambar Astro AWANI
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
#Ringkas 8 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 Februari 2025
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
Jemaah haji visa Furada disarankan gunakan PJH berlesen TH
Jemaah haji yang memperoleh visa Furada disarankan menggunakan perkhidmatan PJH berlesen Tabung Haji untuk memastikan kebajikan dan mengelakkan penipuan haji.
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
“Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here..” - Sultan Pahang
Demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika ditanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI berkaitan perancangan baginda tentang pembangunan negeri itu.
Jangan bertelagah kerana sebab-sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
Penyalahgunaan, penagihan dadah meningkat 27 peratus dari Jan-Jun 2023
Berdasarkan trend, lebih 65 peratus penagih dadah dikesan menggunakan dadah sintetik, dengan kebanyakannya adalah dalam kalangan belia.