KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat membebaskan penyanyi, Jason Lo atas pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badan, tiga tahun lalu.
Majistret Mohamad Fared Abdul Latif membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi tempatan itu atau nama sebenar Jason Jonathan Lo.
Semasa prosiding untuk keputusan kes di akhir kes pendakwaan, Mohamad Fared berkata, keputusan ini adalah berdasarkan penelitian yang maksimum, membabitkan kenyataan saksi-saksi pendakwaan serta eksibit yang telah dikemukakan, termasuk hujahan kedua-dua pihak.
“Mahkamah melepas dan membebaskan kamu daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri dan wang jaminan RM2,500 dikembalikan.
“Alasan penghakiman akan disediakan pada atau sebelum 30 Jun ini,” katanya.
Selepas prosiding, Jason Lo yang juga seorang ahli perniagaan memeluk rakannya yang berada di galeri awam.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diana Mohamad Saad manakala Jason Lo diwakili peguam, Datuk Hariharan Tara Singh.
Perbicaraan kes itu bermula pada 6 April 2021 dengan pendakwaan memanggil tujuh saksi untuk memberi keterangan antaranya pegawai penyiasat, pegawai kimia dan pegawai yang menjalankan saringan air kencing.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 24 2022

Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Jason yang juga bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi tempatan itu. - Sinar Harian
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Penyanyi Jason Lo kekal bebas tuduhan dadah
Penyanyi Jason Lo kekal bebas atas pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badannya.

Rayuan terhadap pembebasan penyanyi Jason Lo didengar April 2023
Pendakwaan merayu mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret membebaskan penyanyi Jason Lo daripada pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badannya.

Jason Lo nafi ditahan kerana dadah di Dubai
Jason Lo megesahkan beliau sebelum ini telah ditahan di Lapangan Terbang Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Paperplane Pursuit tercalon empat kategori Anugerah MET10
Paperplane Pursuit dicalonkan dalam empat kategori daripada lapan kategori yang dipertandingkan, termasuk kategori Kumpulan Inggeris Tempatan Terbaik.

Tune Talk, Afdlin Shauki lancar sim kad "Bebaskan Palestin"
Dalam usaha menambah dana kepada Gaza, Afdlin Shauki bersama syarikat komunikasi Tune Talk melancarkan sim kad "Bebaskan Palestin".
Tune Talk tawar 16 model telefon pintar
Tune Talk Sdn Bhd, menawarkan 16 model telefon pintar beharga daripada RM400 hingga RM2,000 menerusi program rebat.