Maklumat berbentuk audio yang tersebar dalam media sosial mengenai perbelanjaan kerajaan melibatkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, adalah palsu dan berniat jahat.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan menjelaskan, maklumat tersebut adalah palsu atau 'fake news' dan merupakan tuduhan tidak berasas serta berniat jahat untuk mengaitkan kementerian itu sebagai sumber rujukan.
"Kementerian Kewangan kesal dengan penyebaran maklumat yang tidak benar dan telah melaporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan liar mengenai penyebaran berita palsu dan fitnah berkenaan Rosmah.
BACA: Tiba musim pilihan raya, makin ramai syaitan muncul buat fitnah - Rizal Mansor
Menerusi kenyataan daripada laman Facebook Pejabat Perdana Menteri, ia menyatakan dalam rakaman itu, seorang individu telah membuat tuduhan tidak berasas dan liar mengenai perbelanjaan kerajaan yang melibatkan Rosmah.
Individu itu mendakwa perbelanjaan amat tinggi telah dibuat oleh kerajaan bagi kek sambutan hari jadi isteri perdana menteri dan kos memasang dua kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Rosmah di Putrajaya.
Dakwaan itu menyebut sumber berita tersebut adalah daripada seorang rakannya yang bertugas di Kementerian Kewangan selain kononnya kutipan GST berjumlah RM70.1 juta sehari telah habis dicuri dan tidak dijumpai dalam Perbendaharaan Negara. -- Bernama
BACA: Rosmah nasihat orang politik amal politik matang
Bernama
Thu Apr 26 2018

Menurut Kementerian Kewangan, maklumat tersebut adalah palsu atau 'fake news' dan merupakan tuduhan tidak berasas serta berniat jahat untuk mengaitkan kementerian itu sebagai sumber rujukan. - Wikipedia/Fail
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Polis nafi audio tular berlaku kes culik, bunuh, pengambilan organ
Hasil semakan mendapati audio yang ditularkan itu merupakan audio lama yang tidak benar.

Tun Zaki nafi audio tegur Dr Noor Hisham adalah dirinya
Tun Zaki Azmi menegaskan audio seorang individu menegur Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang tular di media sosial bukan dirinya.

Audio tular: Tun Faisal ajak Zahid Hamidi bersumpah untuk bersihkan nama
Tun Faisal terpalit dengan tuduhan menjadi individu terlibat merakam atau mencipta audio yang tular itu.

Rakaman audio: Adakan pemilihan parti, sekarang! - Khairy
Penyebaran audio mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan ahli parti berasa kurang selesa.

Audio mirip Zahid-Anwar: Adakah konspirasi peringkat tertinggi, soal Puad Zarkashi
Mohd Puad turut menyatakan skandal merakam perbualan peribadi terutama melibatkan lawan politik ialah "hari hitam" kepada demokrasi di Malaysia.

Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar
Zakaria mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik.

Mahkamah terima audio "Can I advise you on something" sebagai bukti
Rakaman audio "Can I advise you on something" diterima untuk menjadi bukti dalam pertuduhan rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Parlimen: Cadangan pinda elak lompat parti, isu audio curi tumpuan minggu kedua
Perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang diteruskan Isnin lepas sehingga semalam mencatat seramai 78 Ahli Parlimen selesai berbahas.

Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata semakan dalam rekod Parlimen menunjukkan tidak ada perkara sebagaimana dinyatakan Ahli Parlimen DAP itu.

'Saya janji letak jawatan ... tentukan orang baharu dapat majoriti' - Dakwa suara mirip Tun M dalam pendedahan terbaharu rakaman audio
Rakaman tersebut mendedahkan apa yang disebut selama ini oleh Dr Mahathir dan beberapa pimpinan Bersatu bahawa bekas perdana menteri itu meminta agar tidak mendesak beliau memungkiri janji.