KUALA LUMPUR :Penyedia perkhidmatan pameran dan acara perniagaan (business event) berharap kerajaan memperluaskan insentif buat mereka bagi memastikan industri itu boleh terus bertahan selepas terjejas teruk sebelum ini.
Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, mereka berharap kerajaan juga memberi kelonggaran terhadap penganjuran program dan majlis dengan menekankan penerapan amalan norma baharu.
“Kita tiada pilihan selain menghadapi norma baharu dan merangka strategi baharu bagi memulihkan ekonomi, tetapi kelonggaran penguatkuasaan adalah penting untuk terus bernafas dalam kekangan krisis kesihatan dan ekonomi disebabkan oleh pandemik COVID-19.
“Pendekatan gelembung perjalanan atau travel bubble juga diharap akan disegerakan demi manfaat serantau.
“Sekiranya bajet kali ini dilihat dalam konteks yang lebih luas dengan mengambil kira kepentingan semua pihak, industri pelancongan dan hospitaliti dapat membangun semula dengan efektif dan secepat yang mungkin,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA: 'Travel bubble' zon hijau mampu bantu pulih sektor pelancongan - Nancy
BACA: Jangka rugi RM100 bilion, travel bubble beri nafas baharu pelancongan domestik
Beliau turut mencadangkan kerajaan mewujudkan sebuah jawatankuasa pelancongan dan penganjuran majlis selaku badan konsultatif bagi memastikan kepentingan industri tersebut terus dipelihara.
“Ia sekali gus memberi nafas baharu kepada usaha menangani isu penutupan premis pelancongan, pusat pameran dan fasiliti konvensyen, kemerosotan bisnes hospitaliiti dan lain-lain pihak yang terlibat,” ujanrya.
Tambah beliau, sebanyak 1,025 acara perniagaan telah dianjurkan di Malaysia pada tahun lepas, menarik lebih 540,000 pengembara perniagaan antarabangsa dan menghasilkan impak ekonomi sebanyak RM9.2bilion.
“Sehingga Ogos 2020 sahaja, lebih 1,250 acara perniagaan di Malaysia terpaksa ditunda malah kebanyakannya dibatalkan yang mengakibatkan kerugian yang belum pernah terjadi sebelum ini iaitu sebanyak RM1.75 bilion.
“Maka, intervensi kerajaan dalam perkara ini amat dialu-alukan demi mencapai anjakan yang lebih mantap,” jelas beliau.
Ridauddin Daud
Tue Nov 24 2020

Penyedia perkhidmatan pameran dan acara perniagaan tiada pilihan selain menghadapi norma baharu dan merangka strategi baharu bagi memulihkan ekonomi. - Gambar hiasan

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Pasaran getah KL ditutup rendah seiring pasaran serantau
Sentimen pasaran juga kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS yang akan datang.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Beku aset: Mahkamah benar Na'imah wakili Allahyarham Tun Daim dalam semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi membenarkan Na'imah Abdul Khalid mewakili arwah suaminya dalam semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun dan 18 syarikat milik mereka.

Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.

Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

JSPT KL keluarkan 63 saman di sekitar pusat bandar
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 63 saman atas pelbagai kesalahan di sekitar pusat bandar dalam Op Halangan yang bermula 10 malam semalam.

Polis mohon bantuan kesan lelaki warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.

Bekas Pertahanan Kuala Lumpur meninggal dunia
Bekas pemain Kuala Lumpur (KL) Noh Haeng-seok dari Korea Selatan meninggal dunia pada usia 36 tahun hari ini.

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.