KUALA LUMPUR: Tindakan Malaysia Airlines menyediakan makanan di dapur luar sementara di perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menimbulkan tanda-tanya mengenai aspek pematuhan piawaian kebersihan tinggi persijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP).
Setiap syarikat katering penerbangan, termasuk Brahim's Food Services Sdn Bhd (BFS) kerap diperiksa dan diaudit sepanjang tahun.
Malah, kesemua 35 syarikat penerbangan yang melanggan BFS juga mengaudit pusat penyediaan makanan hampir setiap minggu.
BFS juga mengaudit pembekal-pembekal dan syarikat yang tiada persijilan HACCP tidak boleh berurusan kerana pematuhan piawaian kebersihan dan keselamatan adalah tinggi dan tiada kompromi.
Difahamkan BFS terpaksa menolak satu syarikat chef terkenal sebagai pembekal bahan kerana tidak mempunyai persijilan HACCP.
Diajukan persoalan pematuhan piawaian kebersihan ini kepada Pengerusi Brahim's Holdings Bhd, Dato’ Seri Ibrahim Ahmad, beliau berkata, "Mempunyai kawasan pengeluaran sementara di luar bangunan, pastinya tidak boleh diterima sebagai standard biasa tetapi pihak berkuasa perlu memutuskan perkara tersebut. Saya tidak boleh komen lebih daripada itu."
Mengulas mengenai penamatan kontrak BFS, Ibrahim berkata, rundingan kontrak tidak dapat diselesaikan akibat pengenalan satu perkara baharu 'Penamatan Kemudahan', yang tiada pembekal akan bersetuju.
Menurutnya, selepas COVID-19, pihaknya berunding dengan Malaysia Airlines untuk kontrak baharu seiring dengan perolehan lesen Mavcom pada 15 Oktober 2022 dan rundingan kontrak 3+2 telah dimulakan supaya kontrak boleh dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2023.
"Selepas dua kali lanjutan kontrak adhoc, kami menulis kepada Malaysia Airlines pada 6 Jun 2023, namun kontrak tidak ditandatangani. Namun kontrak adhoc dilanjutkan dua bulan lagi hingga 31 Ogos lalu," jelas beliau.
Ditanya kedudukan 30% kepentingan Malaysia Airlines di dalam BFS, Ibrahim berkata, syarikat penerbangan nasional itu masih pemegang saham BFS.
"Apabila kerajaan membenarkan kami mengambil alih MAS Catering pada 2003, MAS meminta untuk dikekalkan 30% ekuiti kerana ia adalah aset strategik bagi mereka.
"Jadi kami akhirnya memperoleh hanya 70% ekuiti syarikat untuk nilai tunai RM175 juta dengan kerugian terkumpul RM240 juta," jelas beliau lagi.
Ditanya apa berlaku kepada BFS selepas penamatan kontrak Malaysia Airlines, Ibrahim berkata, perniagaan BFS berjalan seperti biasa untuk 35 pelanggan syarikat penerbangan antarabangsa termasuk Qatar Airways, Emirates, ANA dan lima syarikat Top 10 lain dan syarikat 4 bintang.
"Kami juga telah memulakan perniagaan bukan penerbangan seperti bekalan ke pasar raya (antaranya, AEON) dan rangkaian kafe.
"Kekosongan yang ditinggalkan oleh MAS ini boleh digunakan bagi mengembangkan perniagaan bukan penerbangan dan katering, yang selama ini tidak kami beri perhatian demi menumpukan kepada katering penerbangan," katanya.
Ditanya apakah prospek masa depan perniagaan katering penerbangan, Ibrahim menegaskan perniagaan ini sangat istimewa dan tidak banyak pemain.
"Kebanyakan negara hanya ada satu atau dua, kecuali di Eropah dan Amerika Syarikat di mana industri penerbangan sangat besar. Malah Singapura hanya satu, di bawah Temasek," ujarnya.
Menurutnya, perniagaan katering tetap diperlukan selagi perjalanan udara kekal jadi pilihan terbaik untuk perjalanan jauh. Penumpang perlu diberi makanaN terutama perjalanan jauh. Jenis makanan mungkin berubah tetapi katering kekal.
Kepada soalan lebih peribadi, Ibrahim ditanya mengenai rancangannya untuk BFS, termasuk kemungkinan menjualnya.
"Memandang masalah semasa yang berlaku ini, `melepaskan perniagaan' ini pasti menjadi satu opsyen.
"Saya berumur 76 tahun pada Julai lepas dan mempunyai episod kesihatan ringan baru-baru ini. Jadi bila kawan-kawan tanya bila saya akan bersara, saya cuma jawab `tidak lama lagi, mungkin'. - DagangNews.com
Dagang News
Sat Sep 02 2023
Khemah putih yang menempatkan dapur sementara katering Malaysia Airlines di KLIA - Gambar DagangNews
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
18 wanita maut dalam insiden letupan kereta di Manbij
Kejadian letupan sebuah kereta di utara Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 19 mangsa setakat ini, yang mana kebanyakkannya adalah wanita. Menurut laporan Associated Press (AP), 18 mangsa adalah wanita, manakala seorang lagi mangsa lelaki.
Harimau sasar beruang sebagai makanan
Kajian hidupan liar terbaharu yang dijalankan di sebuah taman negara di China mendedahkan situasi yang unik dan jarang berlaku dalam ekosistem rimba. Harimau cuba menjadikan beruang sebagai 'menu' makanan mereka. Ini dapatan terbaharu yang dikongsikan menerusi kajian yang diselia oleh Universiti Beijing Normal di Northeast China Tiger and Leopard National Park (NCTLNP).
ISDG: Mampu capai matlamat kesejahteraan sejagat digariskan PBB
Penganjuran Konvensyen 'Islamic Sustainable Development Goals' (ISDG) buat julung kalinya bukan sahaja dilihat sebagai ruang untuk mengetengahkan suara-suara ilmuan dari pelbagai negara mengenai peranan islam dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Ahli Parlimen diseru junjung titah Agong
Kelab Penyokong Kerajaan MADANI menyeru seluruh Ahli Parlimen untuk menjunjung titah Yang Di-Pertua Agong, Sultan Ibrahim untuk mengelak dari mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti.
JKNT rekod 33 episod keracunan makanan setakat Ogos lepas
Sebanyak 33 episod keracunan makanan direkodkan di Terengganu sejak Januari hingga Ogos lepas.
Ranhill SAJ operator air pertama miliki HACCP di semua LRA
Kejayaan itu sekali gus melayakkan Ranhill SAJ dinobat sebagai operator air pertama memiliki HACCP bagi kesemua LRA di negara ini dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Penyediaan katering sementara Malaysia Airlines di KLIA timbulkan persoalan pematuhan piawaian HACCP
Tindakan Malaysia Airlines menyediakan makanan di dapur luar sementara di perkarangan KLIA menimbulkan tanda-tanya mengenai aspek pematuhan piawaian kebersihan tinggi persijilan HACCP.
Hospital kerajaan di Selangor peroleh sijil HACCP dan GMP
HACCP dan GMP merupakan sistem jaminan keselamatan makanan yang memenuhi keperluan dan kehendak global dalam isu keselamatan makanan.