MERSING: Keluarga penyelam warga Perancis Alexia Alexandra Molina, yang hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol, di sini, pada Rabu, memohon agar mereka yang mempunyai bot persendirian turut tampil membantu pihak berkuasa, dalam Op Carilamat di sini.
Ibunya Esther Molina, 57, berkata beliau dan ahli keluarga berada di Johor Bahru untuk turut mencari rakan-rakan yang mempunyai bot, supaya boleh turut membantu pencarian anak perempuan serta dua lagi penyelam warga asing.
"Kita tinggal di Johor Bahru...kita pun cari kawan-kawan yang ada bot dan tolong cari. Lebih ramai orang, lebih banyak mata," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pangkalan Hadapan Carilamat Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini, hari ini.
BACA: Insiden penyelam hilang di Mersing: Jurulatih selam yang ditemukan masih trauma
Esther, yang ditemani suaminya Alexandre Molina, 55, dan anak bongsunya, turut optimis yang anak sulungnya masih hidup memandangkan dia seorang yang kuat, selain suka berenang dan sukakan laut, selain ketiga-tiga anaknya sukakan aktiviti air.
"Anak saya merupakan seorang yang kuat, beliau juga pintar. Jadi sekarang kita tunggu sahaja perkembangan pencarian," katanya yang memandu dari Johor Bahru ke sini semalam.
Menurut Esther, Alexia bersama adik lelakinya berusia 17 tahun ke pulau berkenaan untuk mengambil Kursus Selam Lanjutan.
"Adik lelakinya pada ketika ini masih di pulau itu, dan Alexia sepatutnya melaporkan diri di sebuah kolej fesyen di Kuala Lumpur bulan hadapan," katanya.
Alexia, 18, bersama tiga lagi penyelam dilaporkan hilang di perairan pulau berkenaan tengah hari Rabu.
Kristine Grodem, 35, telahpun ditemui semalam, sementara Alexia bersama anak beranak Adrian Peter Chesters, 46, dan anak lelakinya Nathen Renze Chesters, 14, masih hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022
Menurut Esther, Alexia (gambar) bersama adik lelakinya berusia 17 tahun ke pulau berkenaan untuk mengambil Kursus Selam Lanjutan. - Gambar/ Bernama
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Insiden hilang ketika menyelam: Syarikat resort dan bot didenda RM5,000
Susulan kejadian empat penyelam warga asing hilang ketika membuat latihan selaman di perairan Pulau Tokong Sanggol pada 6 April lepas.
Dua penyelam hilang di Pulau Jarak ditemukan selamat
Mangsa disahkan selamat kira-kira jam 7.40 malam selepas berpaut pada jeti Pulau Jarak untuk menyelamatkan diri.
Penyelam hilang di Mersing: Rakan lega terima panggilan Grodem
Grodem menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit salah seorang kru bot tunda yang menemuinya di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, kira-kira 30 batu nautika dari lokasi kejadian.
Penyelam hilang di Mersing: Bapa sahkan Nathen meninggal dunia - Maritim Johor
Penyelam warga Belanda, Nathen Renze Chesters, 14, yang masih hilang disahkan telah meninggal dunia oleh bapanya warganegara Britain, Adrian Chesters, 46.
Penyelam hilang di Mersing: Johor minta bantuan Indonesia cari remaja
Kerajaan negeri meminta bantuan Indonesia dalam Op Carilamat bagi mencari penyelam remaja berusia 14 tahun warga Belanda yang masih hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol di Mersing.
Penyelam hilang di Mersing: Ini apa yang perlu anda tahu
Insiden penyelam warga asing yang hilang emasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu mengejutkan banyak pihak.
Pencarian penyelam hilang di Mersing ditamatkan di perairan Malaysia, Indonesia sambung operasi
Op Carilamat bagi mengesan seorang lagi penyelam remaja warga Belanda yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditamatkan pada pukul 1.30 tengah hari ini.
Penyelam hilang di Mersing: Kerajaan negeri tanggung kos rawatan - MB Johor
Kerajaan Negeri Johor akan membiayai kos rawatan penyelam warga asing yang ditemukan selamat selepas hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing.
Operasi SAR 3 penyelam warga asing hilang di Mersing ditangguhkan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan tiga penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditangguhkan petang ini.
Pesawat Bombardier, B200T bantu operasi SAR penyelam hilang di Mersing
Ini merupakan kali pertama APMM menggunakan pesawat itu, yang mampu terbang rendah dan berlegar lebih lama, untuk operasi SAR di Johor dengan diketuai Leftenan Komander Maritim Kapten Sulaiman Tulot.