PROVIDENCE: Seekor anak jerung yang terperangkap dalam sarung tangan bernasib baik apabila diselamatkan dua penyelam skuba yang kebetulan melakukan aktiviti menyelam di sekitar Rhode Island, England, lapor Sky News.
Ketika kejadian, Deb dan Steve Dauphinais dari Connecticut, Amerika Syarikat sedang menyelam di atas dataran pasir di Jamestown, Rhode Island dan ternampak seekor anak jerung bersaiz 40 sentimeter yang terperangkap dalam sarung tangan getah.
Dauphinais yang juga pengajar menyelam berkata, dia menyangka jerung itu sudah mati, namun apabila mendekatinya haiwan itu bergerak seperti hendak melarikan diri.
Kemudian, dia memanggil suaminya datang membantu melepaskan sarung tangan itu.
"Suami saya cuba menarik keluar sarung tangan dari kepala ikan itu. Selepas beberapa kali menariknya, akhirnya ikan itu bebas," katanya.
Dauphinais menambah, semasa sedang membantu anak jerung dogfish, dia dan suaminya sangat berhati-hati kerana bimbang ikan jerung besar datang menyerang mereka.
"Mujurlah kami selamat dan ikan itu cepat melarikan diri dan hilang dari pandangan kami," katanya sambil menambah ia bukan kali pertama mereka menyelamatkan hidupan marin di bawah air. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Thu Sep 14 2023

Anak jerung jenis dogfish yang terperangkap dalam sarung tangan. - Foto agensi

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Penyelam selamat anak jerung tersangkut dalam sarung tangan
Semasa sedang membantu anak jerung dogfish, dia dan suaminya sangat berhati-hati kerana bimbang ikan jerung besar datang menyerang mereka.