KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap kerajaan, Majlis Angkatan Tentera dan dua lagi berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Pesuruhjaya Kehakiman Suzana Muhamad Said memutuskan demikian selepas mendengar hujahan Peguam Persekutuan M. Kogilambigai, yang mewakili keempat-empat defendan, dan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bagi pihak kesemua plaintif.
"Selepas meneliti hujahan dan afidavit pihak-pihak terlibat, mahkamah memutuskan bahawa perintah untuk (penyelarasan pencen) dibenarkan. Bagi pesara-pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013, mereka mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk pencen mereka diselaraskan mengikut kadar dan cara yang ditetapkan bagi kesemua pesara ATM yang bersara selepas 1 Jan 2013.
"Merujuk kepada Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan perlindungan hak pencen, saya percaya negara kita sememangnya memandang tinggi jasa pihak-pihak yang telah berkhidmat kepada negara dan mereka berhak mendapat pencen yang sepatutnya," kata beliau sambil menambah Majlis Angkatan Tentera perlu merangka struktur baharu bagi menyelaras pencen pesara ATM.
Seramai 50 pesara ATM antaranya berpangkat mejar, leftenan, staf sarjan dan prebet memfailkan saman itu pada 17 Nov 2022 menamakan kerajaan, Perdana Menteri, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia dan Majlis Angkatan Tentera sebagai defendan.
Menerusi saman itu, plaintif memohon pengisytiharan bahawa defendan telah memungkiri peruntukan di bawah Perkara 137 atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Seksyen 187 Akta Angkatan Tentera Malaysia 1972 dalam kegagalan masing-masing untuk melakukan penyelarasan pencen baharu untuk pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Mereka juga memohon pencen kesemua pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013 diselaras mengikut kadar dan cara sepertimana pencen pesara ATM selepas 1 Jan 2013 dan seterusnya, dengan keperluan untuk meminda Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 untuk dimasukkan peruntukan perihal penyelarasan pencen yang baharu seperti diperintahkan oleh mahkamah.
Mereka mendakwa ketidak penyelarasan pencen itu merupakan satu pelanggaran hak-hak asasi yang dijamin oleh Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan selain mendakwa mereka terkilan dengan ketidakpenyelarasan pencen berkenaan.
Plaintif mendakwa disebabkan ketidakpenyelarasan pencen itu, berlaku jurang yang ketara antara pesara ATM terbabit dengan mereka yang bersara selepas 1 Jan 2013.
Dakwa mereka, jurang itu turut menafikan hak pesara terbabit untuk menikmati pencen atau kenaikan yang sama dengan pesara ATM lain dan ia merupakan satu perlanggaran hak asasi di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024

Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap kerajaan, Majlis Angkatan Tentera dan dua lagi berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Pesara perkhidmatan awam dapat kebenaran mahkamah untuk semakan kehakiman
Mahkamah membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dan menetapkan pengurusan kes pada 14 Mac ini menerusi e-Review.

Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Gabungan persatuan-persatuan veteran ATM ditubuh
Ia merupakan gabungan daripada 148 persatuan veteran ATM di seluruh negara yang terdiri daripada 305,000 ahli.