Menteri luar ASEAN mengulangi sokongan berterusan atas komitmen Myanmar untuk memastikan keselamatan semua komuniti di Rakhine, Myanmar dengan sebaik mungkin dan memudahkan kepulangan secara sukarela etnik Rohingya secara selamat, dilindungi dan bermaruah.
Dalam Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-52 di sini, 10 menteri luar ASEAN berharap untuk meneruskan dialog berkesan antara Myanmar dan Bangladesh bagi memudahkan proses penghantaran pulang etnik itu ke Rakhine.
"Kami menggalakkan Myanmar untuk terus melaksanakan syor cadangan laporan akhir Suruhanjaya Penasihat mengenai Rakhine," menurut kenyataan itu.
Dalam mesyuarat itu, menteri luar diberi taklimat oleh Myanmar mengenai situasi kemanusiaan di Rakhine.
Menteri ASEAN juga menggesa penyelesaian komprehensif dan berpanjangan untuk menangani punca utama krisis Rohingya dan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membina semula kehidupan mereka.
Menteri-menteri juga menjangkakan Suruhanjaya Siasatan Bebas yang ditubuhkan Myanmar akan melaksanakan akauntabiliti dengan menjalankan penyiasatan secara bebas dan adil terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia dan isu-isu berkaitan.
Menteri Luar juga mengesahkan sokongan berterusan ASEAN untuk usaha Myanmar mewujudkan keamanan, kestabilan, kedaulatan undang-undang, untuk mempromosikan keharmonian dan perdamaian antara pelbagai masyarakat serta memastikan pembangunan yang mampan dan saksama di wilayah Rakhine.
"Kami mengesahkan sokongan kami untuk peranan ASEAN yang lebih nyata dan meningkatkan peranan ASEAN untuk menyokong Myanmar dalam menyediakan bantuan kemanusiaan, memudahkan proses penghantaran balik dan mempromosikan pembangunan mampan," katanya.
Misi peringkat tinggi yang diketuai Setiausaha Tetap Kementerian Luar Myanmar, bersama-sama wakil Sekretariat ASEAN dan Pusat Penyelasaran Bantuan Kemanusiaan Bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre) melakukan tinjauan ke Cox's Bazar, Bangladesh dari 27 hingga 29 Julai untuk berkongsi maklumat mengenai persiapan yang dibuat kerajaan Myanmar bagi pelarian yang bakal pulang.
"Kami mengharapkan pelaksanaan Penilaian Keperluan Komprehensif pada selang masa yang sesuai.
"Kami menekankan pentingnya keutamaan perkhidmatan asas yang akan mendapat sokongan dan manfaat hasil kerjasama dengan Rakan Dialong ASEAN.
Menurut Amnesty International, lebih daripada 750,000 pelarian Rohingya, kebanyakan wanita dan kanak-kanak, telah meninggalkan Myanmar dan menyeberang ke Bangladesh selepas tentera Myanmar melancarkan serangan terhadap masyarakat minoriti Islam pada Ogos 2017, menyebabkan peningkatan mangsa penindasan di Bangladesh melebihi 1.2 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 01 2019

Myanmar akan melaksanakan akauntabiliti dengan menjalankan penyiasatan secara bebas dan adil terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia dan isu-isu berkaitan. - Gambar fail

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.
Harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda - PBB
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda susulan tindakan Israel menyekat lintasan ke wilayah terkepung itu.
[TERKINI] Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridzokumura.

Pendandan rambut mengaku tidak bersalah cederakan suami guna penyapu, pisau
Seorang pendandan rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan suaminya, Jumaat lepas.

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.

Umat Islam di Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, India sambut Ramadan mulai Ahad
Jawatankuasa Penglihatan Bulan Kebangsaan Bangladesh di Masjid Negara Baitul Mukarram, Dhaka mengumumkan bahawa anak bulan telah kelihatan.

Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.

Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Kediaman Dhanmondi 32 di Dhaka mula runtuh akibat hentaman jentolak lewat malam Rabu, selepas kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan itu pada sebelah malamnya.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.

Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.

Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.

Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.

Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.

60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.