KUALA LUMPUR: Kecaman antarabangsa dan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, seolah-olah langsung tidak menghalang tentera Myanmar meneruskan kempen serangan udara yang menyasarkan kumpulan yang didakwa sebagai pemberontak.
Dalam serangan baru-baru ini, kira-kira 170 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan udara yang dilancarkan tentera junta ke atas penduduk awam di kampung Pazigyi di Perbandaran Kanbalu di wilayah Sagaing.
Ketika tekanan antarabangsa terhadap junta tentera masih belum menunjukkan hasil yang diinginkan setakat ini, geostrategis Prof Azmi Hassan berkata penyelesaian kepada krisis itu mesti bermula dari Myanmar sendiri iaitu melalui gerakan kerajaan bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).
Felow Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) itu memberitahu Bernama bahawa sekatan yang dikenakan ke atas Myanmar hanya memberi kesan yang bersifat sementara.
"Junta mempunyai saluran yang banyak untuk mendapatkan sumber kewangan, contohnya menjual batu permata kepada negara-negara lain yang tidak mempunyai masalah untuk menjual minyak mereka dan bahan-bahan sumber asli yang lain," katanya.
Pengarah di Pusat Serantau ASEAN Universiti Malaya (CARUM), Dr Rahul Mishra yang turut berkongsi pandangan yang sama berkata: "sekatan tidak akan membuahkan hasil yang positif dalam jangka masa panjang.
Beliau berkata ASEAN sesungguhnya perlu beralih daripada tidak campur tangan kepada campur tangan secara konstruktif atas dasar kemanusiaan untuk membantu memulihkan demokrasi di Myanmar, sambil menambah bahawa tanggungjawab yang sama turut perlu sama dipikul oleh masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) serta rakan dialog ASEAN.
"Kecaman ASEAN terhadap serangan itu menampakkan keikhlasan namun itu tidak memadai.
"Dengan ketiadaan mekanisme penguatkuasaan undang-undang, sukar buat ASEAN untuk melaksanakan Konsensus Lima Perkara (5PC). Selagi ASEAN dan negara anggota tidak mengambil pendekatan berasaskan konsensus yang lebih terkoordinasi untuk melaksanakan 5PC, selagi itulah Myanmar tidak akan dapat pulih seperti sediakala," katanya.
5PC yang disepakati pemimpin ASEAN di Jakarta pada April 2021 ialah; untuk menamatkan keganasan, mengadakan perbincangan yang membina dalam kalangan semua pihak berkepentingan, ASEAN menyediakan bantuan kepada Myanmar, utusan khas ASEAN yang dilantik untuk mengadakan perbincangan dan utusan dibenarkan melawat negara itu.
Sementara itu, Azmi berkata pengaruh ASEAN ke atas Myanmar amat terhad sekali tidak mampu untuk memaksa junta tentera melaksanakan sekurang-kurangnya satu atau dua perkara daripada 5PC berkenaan.
Beliau berkata menyingkirkan Myanmar daripada ASEAN tidak menyelesaikan masalah kerana jika Myanmar di luar ASEAN adalah lebih sukar untuk ASEAN mengawal negara ini.
Mengenai sama ada PBB perlu campur tangan dengan menghantar pasukan pengaman ke Myanmar, kedua-dua penganalisis bersetuju bahawa langkah itu boleh membantu Myanmar kembali ke landasan demokrasi. Namun, sudah pasti banyak kekangan untuk merealisasikannya.
"Ia memerlukan persetujuan daripada junta. ASEAN nak hantar pemerhati pun junta tak benarkan, apa lagi menghantar pasukan pengaman. Ia memang cara terbaik tetapi ia memerlukan persetujuan daripada Myanmar. Dalam kes ini junta memang takkan setuju," kata Azmi.
"Itu mungkin satu kemungkinan (PBB menghantar pasukan pengaman). Bagaimanapun, persoalan lebih penting ialah China dan Rusia mungkin tidak menyokong langkah itu dan akan menyekat keseluruhan proses," kata Rahul.
Myanmar dicengkam krisis sejak tentera menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi pada rampasan kuasa Februari 2021, menyaksikan kira-kira 3,200 orang awam terbunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2023

Sekatan yang dikenakan ke atas Myanmar ketika ini hanya memberi kesan yang bersifat sementara.- Fail/BERNAMA

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Junta buka pintu rundingan, Malaysia sedia bantu selesai pergolakan di Myanmar
Menjadi tugas dan tanggungjawab Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, untuk kita menguruskan isu Myanmar, kata Menteri Luar.

PM Thailand seru ASEAN supaya sebulat suara tangani krisis Myanmar
Paetongtarn Shinawatra tekankan keperluan mendesak untuk sebuah Myanmar yang aman, stabil dan bersatu.

Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan
Pemimpin Myanmar yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi akan menyokong rundingan "tanpa prasyarat" untuk menamatkan krisis yang berlaku di negara itu.

Krisis Myanmar: ASEAN tidak tolak ansur terhadap pencabulan nilai kemanusiaan
Pemimpin ASEAN harus menangani isu berkenaan sebaiknya kerana kredibiliti rantau itu terjejas akibat krisis di Myanmar.

Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis
Penyelesaian kepada krisis itu mesti bermula dari Myanmar sendiri iaitu melalui gerakan kerajaan bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).

Komuniti antarabangsa perlu laksana tindakan segera tamatkan krisis Myanmar - MAGM
Penggunaan kekerasan secara sembarangan terhadap orang awam adalah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Pakar PBB puji kepimpinan Malaysia berhubung krisis Myanmar, gesa negara ASEAN lain ambil pendekatan sama
Thomas Andrews menyatakan penghargaannya terhadap usaha yang ditunjukkan kepimpinan Malaysia berhubung krisis di Myanmar.

ASEAN perlu ubah strategi bantu selesaikan isu Myanmar - Saifuddin
ASEAN perlu mengenal pasti masalah sebenar di negara tersebut dan merancang langkah seterusnya dengan sebaik mungkin.

Krisis Myanmar: Resolusi tiga tuntutan dimuktamad di Jakarta - Hishammuddin
Malaysia akan menuntut resolusi merangkumi tiga tuntutan penting berhubung krisis di Myanmar, berikutan rampasan kuasa oleh tentera negara itu pada Sidang Tergempar ASEAN di Jakarta.