KUALA LUMPUR: Penyelesaian perdagangan antara India dan Malaysia kini boleh menggunakan Rupee India (INR) sebagai tambahan kepada kaedah penyelesaian semasa dalam mata wang lain, menurut Pejabat Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia.
Keputusan itu dibuat oleh Reserve Bank of India (Bank Pusat India) pada Julai 2022 yang membolehkan penyelesaian perdagangan Antarabangsa dalam INR.
"Inisiatif oleh Reserve Bank of India ini bertujuan untuk memudahkan pertumbuhan perdagangan global selain menyokong kepentingan komuniti perdagangan global dalam Rupee India (INR).
"Mekanisme baharu ini juga sejajar dengan dasar pertukaran asing (FEP) Malaysia yang membolehkan bank Malaysia melaksanakan penyelesaian perdagangan antarabangsa dalam barangan atau perkhidmatan dalam mana-mana mata wang asing, tertakluk kepada peraturan dan kawal selia Bank Negara Malaysia," kata Suruhanjaya Tinggi itu dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu India International Bank of Malaysia (IIBM) adalah bank pertama di Malaysia yang telah mengoperasikan mekanisme ini dengan membuka Akaun Vostro Rupee Khas melalui bank sepadannya di India - Union Bank of India.
Mekanisme itu akan membolehkan peniaga India dan Malaysia membuat invois perdagangan dalam INR dan menambah bahawa potensi manfaat daripada mekanisme ini termasuk penetapan harga lebih baik untuk barangan dan perkhidmatan yang didagangkan dan keupayaan untuk berdagang secara langsung dalam INR, sekali gus menjimatkan tebaran penukaran mata wang.
Dagangan dua hala India-Malaysia yang telah mencecah US$19.4 bilion pada tahun kewangan 2021-22, dijangka memperoleh manfaat daripada pilihan baharu ini untuk menyelesaikan perdagangan dua hala dalam INR.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian perdagangan dalam INR, sila semak Soalan Lazim di laman sesawang IIBM (www.indiainternationalbank.com.my) atau hubungi IIBM ([email protected]) atau layari pejabat IIBM (Tingkat Bawah, Bangunan Yee Seng, 15, Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang 50200 Kuala Lumpur).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Keputusan itu dibuat oleh Reserve Bank of India (Bank Pusat India) pada Julai 2022 yang membolehkan penyelesaian perdagangan Antarabangsa dalam INR. -Pixabay

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penyelesaian perdagangan India-Malaysia kini boleh gunakan rupee
Keputusan itu dibuat oleh Reserve Bank of India (Bank Pusat India) pada Julai 2022 yang membolehkan penyelesaian perdagangan Antarabangsa dalam INR.

Bank pusat India campur tangan elak bank utama muflis
Bank pusat India terpaksa campur tangan bagi menyelamatkan sebuah institusi kewangan utama negara itu, Yes Bank Ltd yang sedang bergelut dengan masalah kewangan.

Pengurup wang Malaysia bekukan dagangan mata wang India
Pengurup wang tempatan telah membekukan dagangan mata wang India selepas New Delhi mengumumkan pemansuhan not Rs500 dan Rs1,000.