SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kaum India di negara ini tidak terus berdiam diri dalam skandal penyelewengan melibatkan dana penting kepada komuniti tersebut.
Anwar menegaskan, masyarakat India seharusnya berani untuk mendesak kerajaan mengadakan audit forensik terhadap penyelewengan dana melibatkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), Maika Holdings Berhad (Maika) dan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED).
Beliau berkata, desakan tersebut perlu dibuat segera bagi memastikan tiada lagi isu kepinggiran berlaku kepada kaum berkenaan pada masa akan datang.
“Penyelewengan (dalam Mitra, Maika dan MIED) banyak berlaku dan telah terbukti serta dibongkar. (Oleh itu) Perlu ada audit forensik untuk mendedahkan selain (wujudkan) suruhanjaya kerana masyarakat India mengeluh tentang pengabaian, kemiskinan dan pendidikan komuniti mereka.
“Peruntukan telah diberikan tetapi tidak dikawal dengan baik, termasuk ketika saya jadi Menteri Kewangan dahulu.
"Orang India semuanya mesti tuntut sama ada menubuhkan suruhanjaya atau audit forensik untuk menyiasat perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas program bersama masyarakat India di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Sabtu.
Sementara itu Naib Presiden PKR, K Saraswaty ketika berucap pada program berkenaan bangkit mempersoalkan MIC mengenai dana kerajaan kepada MIED dan Universiti AIMST yang didakwa digunakan bagi tujuan membantu pelajar India miskin di negara ini.
“Saya telah beri ucapan ketika Mesyuarat Agung MIC tahun lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah buat pengumuman peruntukkan tahunan untuk Universiti AlMST dinaikkan daripada RIM20 juta kepada RM25 juta. Soalan saya, apakah yang telah dilakukan oleh pengurusan AlMST dan MIC terhadap dana-dana tersebut?
"Dana (keseluruhan) sebanyak RM45 juta, RM20 juta pada 2020 dan RM25 juta untuk 2021. MIC kata saya buat kenyataan palsu, tetapi soalan saya, kalau PM sendiri sudah umum ia adalah 'annual payment' mestilah tahun sebelum itu juga ada.
“Jadi apakah 'breakdown' oleh MIC untuk bantu pelajar miskin kita dengan peruntukkan berkenan," soalnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 11 2022

Anwar (tengah) ketika hadir pada program bersama masyarakat India di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, 10 Sept 2022. - Foto Sinar Harian

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.

Isu air: UMS diarah lapor polis jika tuduhan seleweng RM5 juta tidak dihentikan
UMS diarah membuat laporan polis sekiranya tuduhan jahat yang cuba mengaitkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu dengan penyelewengan dana RM5 juta tidak dihentikan.

SPRM beku akaun NGO kutip derma Palestin, siasat penyelewengan dana RM70 juta
SPRM membekukan 41 akaun bank syarikat sebuah pertubuhan amal yang menjalankan kutipan derma untuk Palestin bagi membantu siasatan penyalahgunaan wang sumbangan orang ramai.

Ketirisan MITRA: Tiada lagi lantikan politik, hanya permohonan menerusi SPA - Ugak
Tiada lagi lantikan politik. Pengisian jawatan penjawat awam di Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah Kementerian Perpaduan Negara hanya akan dilakukan menerusi permohonan SPA.

Penyelewengan dana: Masyarakat India perlu desak tubuh suruhanjaya
Tegasnya, mereka harus berani mendesak kerajaan adakan audit forensik terhadap penyelewengan dana melibatkan Mitra, Maika, MIED.

Najib tiba di mahkamah untuk rayuan akhir kes SRC International
Najib yang tiba di mahkamah dengan memakai sut hitam, ditemani ahli keluarga, rakan dan penyokongnya.

SRC International: Permohonan rayuan Najib masukkan bukti baharu ditolak
Mahkamah Rayuan tidak melakukan sekarang kekhilafan dan tiada sebarang kesalahan yang membolehkan ia dirayu.

Rayuan Najib untuk dapatkan dokumen bank didengar 16 Mac 2022
Tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Nadia Mohd Kamal.

Muthu dakwa masih Presiden POS
Muthu antara lain mendakwa EGM pada Ahad tidak sah kerana dihadiri individu bukan ahli.

Polis nafi terima laporan berhubung kecurian babitkan pegawai kanan SPRM
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati sengaja menyalah guna media sosial untuk menyebarkan berita palsu.