Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti beberapa projek yang memberi manfaat kepada kepentingan rakyat di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di seluruh negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, bagaimanapun pihaknya akan memfokuskan siasatan di Sabah terlebih dahulu sebelum melebarkan siasatan ke negeri-negeri lain.
"Buat waktu ini, kita (SPRM) hanya memberi fokus (penyelewengan KKLW) di Sabah. Kemudian kita akan lebarkan ke negeri-negeri lain," katanya selepas mengadakan lawatan ke Rawatan Loji Air (LRA) di Sungai Intan di Semporna, Sabah hari ini.
BACA: Penyelewengan dana KKLW: Shafie Apdal mungkin dipanggil SPRM
BACA: Adik presiden parti pembangkang Sabah ditahan SPRM
BACA: Lagi ahli politik Sabah ditahan SPRM
BACA: Seleweng dana kementerian: Pemimpin kanan parti politik Sabah ditahan SPRM
Tambah Dzulkifli, setakat ini, seramai 45 saksi dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana KKLW di Negeri Di Bawah Bayu itu.
Katanya, jumlah itu termasuk tujuh individu yang ditahan SPRM di Putrajaya, Kota Kinabalu dan Tawau.
Ditanya sama ada SPRM akan memanggil Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu yang juga adiknya, Datuk Mohd Yusof Apdal, Dzulkifli tidak memberi apa-apa pengesahan berhubung perkara itu.
"Kita akan memanggil semua yang terlibat dalam kes penyelewengan ini," katanya.
Beliau turut berkata, pihaknya tidak memilih bulu dalam siasatan kes tersebut kerana tangkapan tidak hanya dilakukan ke atas parti pembangkang sahaja sebaliknya turut melihatkan parti UMNO.
"SPRM merupakan agensi rakyat bagi memastikan dasar dan polisi yang diputuskan dilaksanakan dengan jujur serta amanah.
"Sekiranya kita dapati berlaku unsur rasuah dan salah guna kuasa pada peruntukan yang disalurkan demi kepentingan serta kebajikan rakyat, siapa nak bela mereka kalau bukan SPRM," katanya.
Sementara itu, Dzulkifli tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi projek infrastruktur di Semporna yang dipercayai diseleweng.
Astro Awani
Thu Oct 12 2017

SPRM siasat semua projek KKLW di seluruh negara. - Foto Bernama
Suntikan dana RM1.1 bilion terhadap Sapura Energy bukan bailout
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy bukan bentuk ‘bailout’.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Undi masyarakat luar bandar jadi deposit tetap BN
Ini kerana rata-rata golongan berkenaan menghargai segala kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Kerajaan tanggung bil lampu jalan Felda, Felcra, Ketengah
Kerajaan akan menyelesaikan masalah bekalan elektrik lampu jalan terputus di tanah Felda, Felcra dan Ketengah dengan menanggung bil berjumlah RM7.076 juta.

KKLW sedia bantu hadapi banjir gelombang kedua di Pantai Timur
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan mengedarkan 'survival kit' kepada mangsa banjir terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Hari Inovasi rai idea kreatif dan inovatif tenaga kerja KKLW
Hari Inovasi merupaka platform penghargaan dan pengiktirafan bagi idea-idea kreatif dan inovatif dalam usaha memartabatkan imej luar bandar untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

PAU17: UMNO Kelantan ketengah usaha rancakkan prasarana luar bandar
Walaupun sudah banyak projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dilaksanakan di negeri ini namun didapati masih banyak kawasan luar bandar yang memerlukan kemudahan.

Seleweng dana KKLW: Bekas Menteri Kabinet dibebaskan
Bekas Menteri Kabinet yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan dengan ikat jamin SPRM RM100,000.

Seleweng dana KKLW: Bekas Menteri Kabinet ditahan
Seorang bekas Menteri Kabinet ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di negeri itu.

Seleweng dana KKLW: Giliran bekas Menteri Kabinet beri keterangan
Bekas Menteri Kabinet dijangka memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung siasatan yang membabitkan dana awam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah hari ini.

Penyelewengan dana: SPRM siasat projek KKLW di seluruh negara
Bagaimanapun pihaknya akan memfokuskan siasatan di Sabah terlebih dahulu sebelum melebarkan siasatan ke negeri-negeri lain.

Tiada kenaikan 5 peratus sewa di Mara Digital Mall - Ismail Sabri
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menafikan kenaikan kadar sewa sebanyak lima peratus di Mara Digital Mall menjelang November ini.