TAWAU: Seorang penyelia ladang warga Indonesia berumur 57 tahun, ditemui mati dengan empat kesan tetakan di sebuah ladang sawit di Batu, 12 Jalan Sin Onn Tiku, Tawau pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga kesan tetakan di kepala mangsa, manakala satu kesan tetakan di belakang badan mangsa.
Menurut Peter, kejadian berlaku kira kira jam 1 petang apabila mangsa sedang melalui sebuah jalan di ladang tersebut sebelum ditetak oleh suspek yang berumur 31 tahun yang juga merupakan warganegara Indonesia dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
"Setelah melakukan pemeriksaan awal di lokasi, mayat mangsa dihantar ke hospital Tawau untuk proses bedah siasat.
"Hasil siasatan awal mendapati suspek dan mangsa bekerja dalam satu syarikat yang sama di mana mangsa sudah bekerja di syarikat berkenaan selama 20 tahun, manakala suspek baru bekerja selama dua bulan.
"Turut dirampas di lokasi kejadian ialah sebilah parang berukuran 50 sentimeter panjang yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk menetak mangsa," katanya dalam satu sidang media di sini pada Rabu.
Motif kejadian juga belum dikenal pasti memandangkan suspek dipercayai mengalami gangguan mental dan pernah mendapatkan rawatan perubatan tradisional.
Sehubungan dengan itu, suspek kini ditahan reman selama 14 hari bermula tarikh penahanannya ialtu Selasa untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Petrus Bernard
Wed Mar 10 2021

Menurut polis, pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga kesan tetakan di kepala mangsa, manakala satu kesan tetakan di belakang badan mangsa. - Foto ihsan PDRM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pacuan empat roda terbabas, penyelia ladang maut dalam nahas
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Penyelia ladang ditemui mati dengan kesan tetakan
Seorang penyelia ladang warga Indonesia berumur 57 tahun, ditemui mati dengan empat kesan tetakan di sebuah ladang sawit di Batu 12, Jalan Sin Onn Tiku, Tawau pada Selasa.

Mandor kelapa sawit cedera dirempuh gajah liar di Mersing
Dalam kejadian berkenaan, mangsa Mohd Hanafi Mohd Isa, 30, cedera pada bahagian badan dan kini masih berada di Hospital Mersing untuk rawatan lanjut dan menjalani imbasan X-ray.