IPOH: Seorang penyelia syarikat swasta kerugian lebih RM217,000 selepas menjadi mangsa sindiket 'phone scam' yang mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan jenayah dan mempunyai waran tangkap ke atasnya.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 38 tahun itu memaklumkan dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa pekerja sebuah syarikat kurier pada 26 Jun lalu.
"Suspek pertama mendakwa terdapat bungkusan atas nama dan alamat mangsa dan setelah melakukan imbasan imej terdapat lima kad pengenalan, lima pasport dan lima kad bank.
"Mangsa kemudian menafikan bungkusan itu miliknya dan suspek pertama meminta mangsa melakukan laporan polis secara dalam talian sebelum panggilan tersebut disambungkan kepada seorang lagi wanita yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Jasmine dan kemudiannya menyoal siasat mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Yusri menambah, mangsa kemudiannya disambung talian kepada suspek ketiga yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Wong yang mendakwa mangsa mempunyai waran tangkap atas kegiatan jenayah pengubahan wang haram termasuk pemerdagangan manusia.
"Mangsa akhirnya disoal siasat pegawai atasan iaitu Datuk Koh mengarahkan wanita tersebut mengikuti arahannya termasuk memindahkan segera keseluruhan wang simpanan dan pinjaman mangsa kepada enam institusi kewangan.
"Wanita itu yang panik telah mengikut arahan suspek dengan memindahkan wang sebanyak RM217,000 kepada beberapa akaun yang diberikan oleh sindiket tersebut sejak 27 Jun hingga 30 Jun lepas," katanya.
Katanya, wanita itu hanya menyedari dia menjadi mangsa penipuan selepas menceritakan kejadian tersebut kepada rakan-rakannya pada Khamis lepas sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada Jumaat di Teluk Intan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tidak mudah terpedaya dengan sindiket ini dan sentiasa membuat semakan dengan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, orang awam dinasihatkan agar tidak melayan panggilan yang tidak dikenali, maklumkan pasangan atau ahli keluarga tentang panggilan, semak dengan institusi kewangan dan balai polis terdekat serta jangan dedahkan maklumat peribadi perbankan kepada mana-mana pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023
![Penyelia syarikat swasta rugi RM217,000 ditipu 'Sarjan Jasmine' dan 'Inspektor Wong' Penyelia syarikat swasta rugi RM217,000 ditipu 'Sarjan Jasmine' dan 'Inspektor Wong'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688186169_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Seorang penyelia syarikat swasta kerugian lebih RM217,000 selepas menjadi mangsa sindiket 'phone scam' yang mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan jenayah dan mempunyai waran tangkap ke atasnya. - Gambar hiasan
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
![KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010101_KementerianPembangu.jpg)
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
![Penyelia syarikat swasta rugi RM217,000 ditipu 'Sarjan Jasmine' dan 'Inspektor Wong' Penyelia syarikat swasta rugi RM217,000 ditipu 'Sarjan Jasmine' dan 'Inspektor Wong'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688186169_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Penyelia syarikat swasta rugi RM217,000 ditipu 'Sarjan Jasmine' dan 'Inspektor Wong'
Seorang penyelia syarikat swasta kerugian lebih RM217,000 selepas menjadi mangsa sindiket 'phone scam' yang mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan jenayah dan mempunyai waran tangkap ke atasnya.