Universiti dan institusi tempatan perlu meningkatkan usaha untuk menjalankan penyelidikan mengenai Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) di Malaysia yang menurut Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye masih berada di peringkat minimum.
Beliau berkata penyelidikan saintifik mengenai perubatan tradisional tempatan adalah penting untuk pangkalan data domestik kerana ia mempunyai akar umbi sejarah dan budaya yang kukuh serta sesuai dengan suasana setempat.
"Kita perlu mengumpul data tersebut dari penyelidikan menggunakan sampel kita sendiri kerana Malaysia adalah negara tropika dengan latar belakang berbilang etnik dan berbilang budaya," katanya dalam ucapannya pada majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA), di sini, pada Isnin.
Memorandum itu ditandatangani oleh Presiden Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Prof Datuk Dr Chuah Hean Teik, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hai-O Enterprise Berhad Tan Kai Hee dan presiden Hospital Tung Shin, Tan Sri Khoo Chai Kaa.
Melalui perjanjian itu, ketiga-tiga pihak bakal bekerjasama dalam projek penyelidikan bersama untuk menentukan pembedaan sindrom pesakit kanser payudara yang dirawat melalui bahan ubatan-ubatan tradisional Cina.
Dr Lee berkata, walaupun sistem penjagaan kesihatan kita banyak berasaskan perubatan barat konvensional, T&CM digunakan dengan luas sekali dan dimanfaatkan secara meluas.
"Dalam laporan NHMS (Tinjauan Kesihatan Kesihatan dan Morbiditi) 2015, 29 peratus daripada Malaysia dilaporkan pernah menggunakan T&CM," katanya.
Sehingga kini, Malaysia mempunyai 15 hospital awam yang menyediakan amalan T&CM yang meliputi akupunktur, ubat herba sebagai terapi adjunktif untuk kanser dan terapi tradisional selepas bersalin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2019
Dr Lee (tiga, kanan) menunjukkan dokumen selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan tiga penjuru antara UTAR, Hai-O Enterprise Berhad dan Hospital Tung Shin di Menara Hai-O, Kuala Lumpur, 8 Julai, 2019. --fotoBERNAMA
[TERKINI] PM nafi naik 14 peratus kadar tarif elektrik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan tarif elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus, bermula Julai ini.
Tarif elektrik naik 14 peratus tidak benar - PM
Dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus pada Julai ini adalah tidak benar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.
Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel
Kumpulan penentang Palestin, Hamas pada Ahad menyifatkan penubuhan sebuah pakatan melibatkan beberapa negara bagi menyelaraskan tindakan perundangan, diplomatik dan ekonomi terhadap pencabulan undang-
Anggota APMM disiasat dan direhatkan
Jelasnya, selepas beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mereka bersetuju agar anggota yang sedang disiasat akan direhatkan.
Siasatan menjurus kepada kes lebih serius
Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan siasatan insiden tembakan membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu melibatkan siasatan penyeludupan dadah dan senjata.
Penyelidikan perubatan tradisional, komplementari masih minimum - Dr Lee
Penyelidikan saintifik mengenai perubatan tradisional tempatan adalah penting untuk pangkalan data domestik kerana ia mempunyai akar umbi sejarah dan budaya yang kukuh.