KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berpendapat penyeragaman harga komoditi di pasaran sebagai tidak praktikal untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan kos yang tinggi kepada pihak kerajaan selain dikhuatiri akan menjejaskan kecekapan sesuatu pasaran.
Bagi sektor sawit, harga buah tandan segar (BTS) adalah tertakluk kepada harga minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit (PK) di pasaran.
"Selain itu, kos pengangkutan dari ladang ke kilang dan pengenaan cukai oleh kerajaan negeri turut menyumbang kepada perbezaan harga di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
"Justeru, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan penetapan harga BTS di pasaran dan lebih menumpukan kepada melaksana strategi memperkukuhkan harga sawit bagi memastikan para pengusaha menerima pendapatan yang berpatutan," kata kementerian itu menerusi jawapan bertarikh 5 Mac yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.
KPK berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Jonathan Yasin (GRS-Ranau) mengenai langkah-langkah yang telah dibuat oleh kementerian agar harga jualan komoditi seperti harga getah dan lain-lain dijual pada harga yang seragam di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Menyentuh mengenai sektor getah, KPK berkata sebagai komoditi yang berorientasikan eksport, harga jualannya dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran dunia.
"Dengan sumbangan hanya sekitar 3.3 peratus kepada jumlah pengeluaran dunia, adalah sukar bagi Malaysia untuk mempengaruhi harga pasaran getah asli dan melaksanakan langkah menyeragamkan harga getah di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
"Justeru, kementerian melalui Lembaga Getah Malaysia lebih menumpukan kepada usaha memastikan pendapatan yang berpatutan dalam kalangan pengusaha melalui pelaksanaan Insentif Pengeluaran Getah (IPG)," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024

KPK berkata, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan penetapan harga BTS di pasaran dan lebih menumpukan kepada melaksana strategi memperkukuhkan harga sawit bagi memastikan pengusaha menerima pendapatan berpatutan.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penyeragaman harga komoditi tidak praktikal, jejas kecekapan pasaran - KPK
KPK berpendapat penyeragaman harga komoditi melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan selain dikhuatiri akan menjejaskan kecekapan pasaran.