Seekor penyu gergasi cangkerang lembut Asia diselamatkan dari sebuah pasar dekat Kota Kinabalu oleh orang awam, sebelum ia dilepaskan kembali ke Danau Girang dalam Santuari Hidupan Liar Kinabatangan.
Penyu itu disenaraikan sebagai spesies terancam dalam senarai Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) selain turut disenaraikan dalam Lampiran II Konvensyen mengenai Pemerdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITES).
Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang Dr Pengarah Benoit Goossens berkata seperti kebanyakan penyu air tawar di rantau ini, ancaman terbesar penyu gergasi cangkerang lembut Asia ialah kegiatan memburu untuk pemerdagangan diikuti oleh kemusnahan habitat akibat pembasmian hutan, pembalakan, kebakaran hutan dan perubahan tanah untuk pertanian dan penempatan.
Bahagian karapas penyu gergasi Asia itu biasanya berukuran antara 70 hingga 100 sentimeter (sm) dan berat spesies itu boleh mencecah sehingga 100 kilogram (kg).
"Buruan dilakukan bagi mendapatkan telur dan daging yang dimakan oleh penduduk tempatan atau dijual di pasaran tempatan dan pasaran makanan serantau, seperti haiwan yang diselamatkan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Goossens berkata sama seperti spesies hidupan liar lain di Sabah seperti tenggiling, landak, musang dan ular sawa, penyu air tawar diperdagangkan untuk dagingnya dan sering dibeli pengusaha restoran.
Beliau berkata Sabah kaya dengan pelbagai biodiversiti dan pelancong dari seluruh dunia mengunjungi negeri ini untuk melihat sendiri hidupan liar yang ada.
Justeru itu, katanya semua orang bertanggung jawab melindungi haiwan itu.
Pada 23 Julai lepas, penyu seberat 15 kg itu diselamatkan dari jualan di Tamu Donggongon, Penampang oleh seorang wanita yang kemudian menyerahkannya kepada Unit Penyelamat Hidupan Liar Jabatan Hidupan Liar Sabah.
Serene Voo Nyuk Wei berkata beliau menyayangi dan menghormati semua makhluk hidup, dan terpaksa membeli penyu itu kerana tidak mahu ia menjadi santapan di restoran.
"Saya membelinya dengan harga RM700. Selepas itu Unit Penyelamat Hidupan Liar mengambil penyu itu dari rumah saya dan menjaganya," kata beliau.
Penolong Pengurus Unit Penyelamat Hidupan Liar dan doktor veterinar Dr Diana Ramirez berkata selepas mengambil haiwan itu, pemeriksaan perubatan sepenuhnya dijalankan untuk mengetahui keadaan kesihatannya.
"Ia mengalami sedikit kecacatan pada karapasnya tetapi selepas pemantauan selama beberapa hari dan diberi vitaman tambahan, kami memutuskan ia boleh dilepaskan kembali ke habitat asalnya," kata beliau.
Beberapa hari kemudian, penyu itu dibawa dengan kereta dari Kota Kinabalu ke Sungai Kinabatangan sebelum dilepaskan ke Danau Girang.
Bernama
Fri Aug 21 2015
Penyu itu disenaraikan sebagai spesies terancam dalam senarai Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN)
Gencatan senjata: Memahami pertukaran tebusan dan tahanan di Gaza
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas dijangka berkuat kuasa mulai jam 8.30 pagi (0630 GMT) Ahad.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata dipersetujui antara Israel dan Hamas yang bermatlamat mahu tamatkan perang di Gaza akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Israel berhak 'sambung perang di Gaza jika perlu' dengan sokongan Amerika - Benjamin Netanyahu
"Saya berjanji kepada anda bahawa kami akan mencapai semua matlamat kami dan membawa pulang semua tebusan."
Musk janji atasi isu IT kerajaan AS, akui lebih sukar daripada melancarkan roket ke orbit
Elon Musk berjanji pada Sabtu untuk membantu pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) memperbaiki sistem teknologi maklumat (IT) kerajaan.
AS mulakan 'langkah luar biasa' elak kegagalan bayar hutang pada 21 Jan - Setiausaha Perbendaharaan
Jabatan Perbendaharaan AS akan mula mengambil langkah luar biasa pada 21 Jan bagi mengelakkan negara ini gagal memenuhi komitmen hutangnya.
Pelancongan pascapandemik ASEAN perlu model perniagaan mampan, dipacu kualiti - Fadillah
Pelancongan pascapandemik di ASEAN bukan sahaja perlu menumpukan kepada pemulihan, tetapi juga peralihan kepada model perniagaan yang mampan dan dipacu kualiti.
Pengerusi IKIM terima anugerah tertinggi daripada Persatuan Mualaf Singapura
Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty telah dianugerahkan penghormatan tertinggi oleh Persatuan Mualaf Singapura (MCAS).
Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan dan keletihan selepas bencana sejak 1995
Jumlah sebenar kematian berkaitan bencana dipercayai lebih tinggi daripada yang didaftarkan, kerana keluarga perlu memohon untuk mendapat penetapan itu.
Malaysia seru menteri pelancongan ASEAN pupuk semangat komuniti serantau
Kerjasama diperlukan untuk melindungi warisan dan masyarakat serantau dan memperkukuh kehadiran ASEAN di persada global.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Penyu gergasi diselamatkan dari pasar, dilepaskan ke Danau Girang
Seekor penyu gergasi cangkerang lembut Asia diselamatkan dari sebuah pasar dekat Kota Kinabalu oleh orang awam.