CHUKAI: Seekor penyu agar betina ditemukan mati terdampar di Pantai Che Wan, Kijal, di sini, pagi tadi.
Pengerusi Kelab Geng Plastik Ija Terengganu Zulkefli Sarji berkata bangkai penyu itu ditemukan ahli persatuannya yang sedang menjalankan program pembersihan pantai bersama pelajar Kolej Vokasional Kemaman kira-kira 7.30 pagi.
Beliau berkata pihaknya telah membuat laporan kepada Jabatan Perikanan negeri untuk tindakan lanjut.
"Menurut Jabatan Perikanan Negeri, punca kematian penyu agar itu berkemungkinan besar disebabkan terperangkap di dalam pukat pari yang dipasang di laut.
"Seperti semua sedia maklum penyu perlu naik ke permukaan setiap beberapa jam untuk bernafas. Apabila terperangkap, penyu tidak dapat bernafas dan mati," katanya ketika dihubungi.
Menurut Zulkefli, Jabatan Perikanan negeri juga percaya penyu itu naik ke pantai untuk bertelur berdasarkan penemuan telur daripada perutnya yang pecah.
Beliau berkata penemuan bangkai penyu itu adalah yang pertama oleh ahli kelabnya pada tahun ini dan ia amat dikesali memandangkan penyu merupakan spesies semakin terancam.
Justeru beliau berharap pihak berkuasa mengambil langkah segera bagi mengelak lebih banyak kematian haiwan yang menjadi warisan marin negara itu.
"Pada tahun ini persatuan kami telah melaksanakan 26 program gotong-royong membersihkan pantai bersama pelbagai pihak termasuk komuniti, pelajar sekolah dan pihak swasta dalam usaha menjaga khazanah alam.
"Setakat ini kami ada sebanyak 800 ahli di seluruh Terengganu, tetapi yang betul-betul aktif lebih 200 orang," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Jabatan Perikanan negeri juga percaya penyu itu naik ke pantai untuk bertelur berdasarkan penemuan telur daripada perutnya yang pecah. -Bernama
Kotak hitam pesawat Jeju Air berhenti merakam 2 km sebelum landasan - Laporan awal
Menurut laporan itu, kotak hitam berhenti merakam pada 8.58.50 pagi pada 29 Dis, empat minit dan tujuh saat sebelum pesawat itu melanggar "localiser" berhampiran landasan.
Pantau Belanjawan: Undang-undang lapuk dalam menghadapi cabaran global
Malaysia tidak boleh masih memiliki undang-undang lapuk bagi menangani banyak cabaran baharu yang muncul, terutamanya dalam mengharungi arus kemajuan pesat teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria untuk membincangkan bagaimana sistem perundangan Malaysia bukan sahaja relevan tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, sekaligus melindungi kesejahteraan rakyat dan memperkukuh kedudukan negara di pentas global.
2,765 anggota polis Filipina bermasalah diambil tindakan pada 2024
Menurut Ketua Polis Nasional Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil,daripada jumlah itu, seramai 1,112 anggota menerima hukuman penggantungan, termasuk seorang kolonel, 19 leftenan kolonel, 29 mejar, 30 kapten dan 22 leftenan.
Lebih 1000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 imigran, termasuk beberapa orang warga Venezuela berjalan kaki dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat.
Kumpulan penyiasat serah laporan awal kepada PBB
Pihak berkuasa Korea Selatan yang menyiasat nahas pesawat Jeju Air bulan lepas telah menyerahkan laporan awal kemalangan kepada agensi penerbangan PBB dan pihak berkuasa Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand.
OP Bersepadu: had laju Jalan Persekutuan turun 80km/j
Kerajaan akan melaksanakan Ops Bersepadu selama enam hari bermula 28 Januari hingga 2 Februari ini bagi memastikan perjalanan pengguna jalan raya lancar sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.
Israk dan Mikraj: Perjalanan spritual yang punyai impak besar - PM Anwar
Menerusi perkongsian di platform media sosial, Anwar berkata, keistimewaan yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW melalui perjalanan Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan spiritual yang hadir bersama amanah solat punya dampak yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat.
Selepas kebakaran, California kini diancam banjir, tanah runtuh
Selepas dilanda kebakaran hutan terburuk yang mengorbankan lebih 27 nyawa, California kini diancam hujan lebat dan bencana tanah runtuh.
UMNO cadang had umur anggota sayap puteri 40 tahun
Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan berkenaan juga sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincangkan serta diperhalusi secara mendalam.
Tahun Ular Kayu 2025 bawa 'qi' positif
2025 disifatkan sebagai 'tahun pengumpulan' yang dilihat mampu menjadi titik tolak dalam meraih banyak unsur positif seperti kemewahan dan kemeriahan.
Penyu mati ditemukan di Pantai Che Wan
Bangkai penyu itu ditemukan ahli persatuannya yang sedang menjalankan program pembersihan pantai bersama pelajar Kolej Vokasional Kemaman kira-kira 7.30 pagi.