Peperiksaan ulangan pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi Mesir yang dijadualkan Ogos ini telah ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini Education Malaysia Egypt (EME) telah mendapat pengesahan daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mesir tentang penangguhan tersebut.
"Memandangkan terdapat sebahagian kecil pelajar yang perlu menduduki peperiksaan ulangan, maka usaha ini diambil bagi menjaga keselamatan dan kepentingan pengajian para pelajar Malaysia di Mesir," menurut kenyataan itu.
Menurutnya lagi, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir juga akan mengambil tindakan kepada mana-mana universiti yang tidak mematuhi arahan tersebut.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata kerajaan memandang serius pergolakan di Mesir yang semakin meruncing dan langkah-langkah sedang diambil untuk memastikan keselamatan lebih 3,200 pelajar Malaysia di negara itu terjamin.
Krisis di Mesir semakin memuncak apabila tercetus pentempuran antara pihak berkuasa keselamatan dengan penyokong bekas presiden Mesir Mohamed Morsi, menyebabkan ramai yang terkorban dan ribuan lain cedera.
Ketika dihubungi Bernama hari ini, Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi KPM Ibrahim Ali berkata pada keseluruhannya terdapat 11,145 pelajar Malaysia di Mesir. Bagaimanapun, 7,845 pelajar Malaysia sudah pulang bercuti semester di tanah air ketika ini dan terdapat 3,300 pelajar Malaysia yang masih berada di sana kerana mereka perlu menduduki peperiksaan ulangan.
Kebanyakan mereka adalah pelajar jurusan perubatan dan pengajian Islam, katanya.
Menurut kenyataan itu, ibu bapa dan pelajar dinasihatkan agar merujuk kepada KPM berhubung status terkini berkenaan pengajian di Mesir. Sebarang pertanyaan dan maklumat terkini boleh menghubungi bilik operasi KPM di talian 03-88706611 dan 03-88706627, atau e-mel ke [email protected]
Bernama
Sun Aug 18 2013


OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Minggu pertama persekolahan mampu pupuk motivasi pelajar hadir ke sekolah
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah akan ditangguh terlebih dahulu pada minggu pertama.

KPM teliti cadangan peraturan khas bendung pelajar hisap vape
Kementerian Pendidikan Malaysia meneliti cadangan mewujudkan peraturan khas bagi membendung trend penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah.

18,792 guru baharu dilantik tahun lepas - KPM
Seramai 18,792 orang guru baharu telah dilantik sepanjang tahun lepas, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Malaysia juarai pertandingan antarabangsa World Robot Olympiad 2023
Pasukan KPM berjaya muncul Juara Keseluruhan Pertandingan Antarabangsa World Robot Olympiad (WRO) 2023 yang berlangsung di Panama City, Panama, bermula 7 Nov hingga semalam.

Sekolah K9 dan K11 solusi masalah murid keciciran - KPM
Faktor jarak antara tempat tinggal dan sekolah juga menyebabkan ramai murid yang tercicir persekolahan.

Murid berkeperluan pendidikan khas layak peroleh Sijil Kemahiran Malaysia
KPM mengamalkan prinsip pendidikan untuk semua golongan tanpa mengira latar belakang dan ketidakupayaan melalui bidang pendidikan dan kemahiran.

Bantuan Awal Persekolahan disalur mulai Januari depan
Bantuan Awal Persekolahan diberikan RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar.

SK Nanga Klassen berwajah baharu selepas 60 tahun
Program baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen, Sri Aman, salah satu projek pembinaan semula bangunan daif sekolah di Sarawak yang dibiayai melalui peruntukan RM1 bilion.

Ibu bapa wajar persoal, teliti dasar pendidikan negara - Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad berpendapat ibu bapa perlu lebih bersedia berbincang mengenai dasar dalam menuju ke arah sistem pendidikan inklusif.

Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara paling ramai yang memohon bersara awal sejak dua tahun lalu.