
Penampilan Syahirah Jewel EDT disempurnakan dengan rekaan kelalang bak potongan batu permata. Rangkaian wangian ini juga diperakui halal yang mana kamu boleh menggunakannya tanpa was-was dan selamat. Menariknya, kamu berpeluang beramah mesra bersama duta produk Syahirah iaitu Anzalna Nasir di Mydin Kuantan (28 Ogos), Mydin Kota Bharu & Pacific Kota Bharu Emporium (4 September), Mydin Kubang Kerian (5 September), Pacific Star Parade Alor Setar & Mydin Alor Setar (26 September), Mydin Meru Jelapang Ipoh & Mydin Manjoi Ipoh (3 Oktober) dan Mydin MiTC Melaka (31 Oktober). Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti autograph dan bergambar bersama Anzalna Nasir. Jangan lepaskan peluang, jumpa kamu di sana!