IPOH: Kerajaan negeri Perak membenarkan amalan Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani secara bersyarat melalui pewartaan fatwa mengenainya pada 22 Julai lalu.
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, warta fatwa berkenaan hanya merujuk amalan tarekat berkenaan yang berada di dalam negeri ini sahaja dan tidak tertakluk kepada negeri-negeri lain.
Menurutnya, menjadi kewajipan pimpinan-pimpinan tarekat berkenaan untuk memastikan garis panduan yang termaktub di dalam fatwa dipatuhi.
"Fatwa berkenaan merujuk hanya di dalam negeri Perak, jadi Jawatankuasa Fatwa berpuas hati pengamalan tarekat itu di negeri Perak masih di dalam kerangka Ahli Sunah Wal Jamaah.
"Perak masih belum ada enakmen kawalan tarekat, jadi kita kawal bukan mengongkong. Kita kawal untuk memastikan supaya tarekat berkenaan tidak terkeluar daripada Ahli Sunah Wal Jamaah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutupan Multaqa Ilmuan Islam Bersama Mufti Negeri Perak di Hotel Seri Malaysia, di sini pada Rabu.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
Sementara itu, Zamri berkata, Multaqa Ilmuan Islam yang dianjurkan itu antara lain memberi ruang seluas-luasnya kepada peserta untuk mendapatkan maklumat terperinci dan lengkap mengenai pewartaan fatwa berkenaan.
Menurutnya, peserta yang hadir terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Fatwa dan Ahli Jawatankuasa Kajian Fiqh negeri Perak dan Jawatankuasa Haiah Ulama iaitu satu kumpulan ulama anak-anak Perak.
Jelasnya, turut dijemput di dalam program berkenaan ialah guru-guru takmir dan penceramah-penceramah selebriti yang sering menyampaikan pandangan di dalam masyarakat.
Berdasarkan warta bertarikh 22 Julai 2022 itu, Jawatankuasa Fatwa Perak yang bersidang pada 14 Februari 2022 dengan perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah membenarkan tarekat tersebut diamalkan dengan syarat ia tidak bercanggah dengan asas akidah dan syariah.
Pengamal tarekat berkenaan juga perlu memastikan tidak berlaku amalan dan perbuatan yang tidak bersesuaian dengan adat atau kebiasaan masyarakat setempat.
Selain itu, Jawatankuasa Fatwa turut menetapkan pemimpin tarekat atau wakilnya yang dilantik hendaklah merupakan seorang pemegang tauliah mengajar dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menurut peraturan-peraturan berkaitan.
Sinar Harian
Wed Aug 03 2022

Fatwa amalan Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani yang diwartakan kerajaan Perak pada 22 Julai lalu. Gambar kanan: Zamri Hashim. - Foto Sinar Harian
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Isu tarekat: Tiada keperluan Ahmad Marzuk letak jawatan - Mohd Amar
Mohd Amar berpandangan tiada keperluan untuk Ahmad Marzuk melepaskan jawatannya susulan gesaan dari badan bukan kerajaan.

Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah berdaftar bawah Enakmen Tarekat NS
Sehubungan itu Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani boleh diamalkan oleh pengikutnya.

Dibenar amal Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani
Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, kebenaran itu diputuskan MKI kali ke-117 pada tahun 2020.