IPOH: Kerajaan Negeri Perak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 yang antara lain menaikkan jumlah penalti dan pembatalan lesen kepada penternak yang gagal mematuhi undang-undang dalam enakmen itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata RUU itu antaranya meminda Seksyen 8 enakmen berkenaan untuk menaikkan penalti bagi kesalahan mengusahakan atau menjalankan perladangan unggas tanpa lesen, daripada denda maksimum RM10,000 kepada maksimum RM50,000.
"Fasal 12 bertujuan meminda seksyen 15 bagi meluaskan skop kesalahan merangkumi tindakan membawa keluar dari ladang unggas - sisa unggas, kumbahan sisa unggas atau produk sampingan sisa unggas yang tidak dirawat atau tidak mematuhi standard yang ditetapkan oleh undang-undang.
"Ia menaikkan hukuman bagi kesalahan tersebut iaitu denda daripada tidak melebihi RM10,000 kepada tidak melebihi RM50,000 dan penjara daripada tidak melebihi setahun kepada tiga tahun," katanya ketika membentangkan RUU tersebut pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.
Mohd Zolkafly (BN-Lintang) berkata Fasal 14 pula meminda seksyen 17 untuk menaikkan penalti kesalahan membenarkan pembiakan lalat, serangga atau makhluk perosak dengan menaikkan denda daripada maksimum RM10,000 kepada maksimum RM50,000 dan menaikkan hukuman penjara daripada tidak melebihi setahun kepada tidak melebihi tiga tahun penjara.
Beliau berkata Fasal 20 meminda seksyen 27 untuk menaikkan denda bagi kesalahan yang dilakukan pertubuhan perbadanan daripada maksimum RM20,000 kepada tidak melebihi RM50,000 bagi kesalahan kali pertama dan menaikkan denda daripada maksimum RM50,000 kepada maksimum RM100,000 bagi kesalahan kali kedua atau kesalahan seterusnya.
Beliau berkata Fasal 22 pula bertujuan meminda seksyen bagi memasukkan subseksyen baharu 30(2) untuk membolehkan lesen dibatalkan atau lesen tidak diperbaharui, kerana pemegang lesen gagal mematuhi undang-undang bertulis lain berhubung perladangan unggas.
Katanya, peruntukan baharu dan penambahbaikan peruntukan-peruntukan sedia ada bertujuan memperkemas kehendak pematuhan standard amalan perladangan unggas oleh pemegang lesen, ditetapkan di bawah enakmen itu.
Menurutnya lagi, enakmen itu turut mengatasi isu-isu aduan pencemaran dan kacau ganggu awam yang berpunca daripada operasi ladang unggas.
"Kadar denda semasa yang rendah dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan hendaklah ditambah baik dengan mengenakan hukuman yang lebih tinggi bagi meningkatkan kesedaran dan bagi mengelakkan kesalahan yang sama daripada terus berulang.
"Ini juga adalah sebagai salah satu inisiatif dalam membentuk dan melahirkan penternak yang bertanggungjawab," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata enakmen itu adalah bagi memastikan kawal selia perladangan unggas di negeri ini sentiasa berada pada tahap yang baik dan seiring keperluan terkini operasi ladang, bagi menjayakan dasar keterjaminan makanan negara dan negeri.
Sebelum ini tular di TikTok, penduduk Bandar Baru Setia Awan Perdana, Sitiawan merayu campur tangan menteri besar berhubung isu lalat yang terlampau banyak di kawasan perumahan mereka.
Masalah lalat yang turut berlaku di Lumut, Pengkalan Baharu, Beruas dan Lekir itu difahamkan berpunca daripada ladang ternakan ayam, termasuk yang tidak berlesen, di kawasan itu.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023

RUU itu antaranya meminda seksyen 8 enakmen berkenaan untuk menaikkan penalti bagi kesalahan mengusahakan atau menjalankan perladangan unggas tanpa lesen, daripada denda maksimum RM10,000 kepada maksimum RM50,000. - Gambar fail/Bernama

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Perak bentang RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023
Kerajaan Negeri Perak membentangkan RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 yang antara lain menaikkan jumlah penalti dan pembatalan lesen kepada penternak yang gagal mematuhi undang-undang.