Perak mencipta sejarah apabila menjadi negeri pertama melantik seorang wanita untuk memegang jawatan kanan dalam pentadbiran kerajaan iaitu sebagai Pegawai Daerah Kampar.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pelantikan Latipah Sehibi bagi menyandang jawatan tersebut akan bermula 15 April 2015.
Menurut beliau pelantikan Latipah itu merupakan salah satu daripada komitmen kerajaan negeri Perak sebelum ini yang mahu mencapai 30 peratus kaum wanita dalam pentadbiran kerajaan sebagai pembuat dasar.
“Hari ini kita melantik seorang pegawai daerah wanita yang pertama dalam sejarah negeri Perak, jadi sekatan-sekatan itu secara tidak rasmi tidak ada lagi.
“Saya telahpun menekankan bahawa jangan ada diskriminasi terhadap wanita dan jawatan tersebut adalah bagi mereka yang berkemampuan, baik lelaki mahupun wanita.
“Dasar kerajaan negeri memastikan mereka yang benar-benar berkebolehan hendaklah diberi tempat yang sewajarnya tanpa mengira gender mereka,” ujar Zambry.
Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada selasa.
Latipah yang ditemui sejurus selepas pengumuman pelantikan menyifatkan perkara itu sebagai satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada kaum wanita dalam mengisi jawatan dalam pentadbiran kerajaan sebagai pembuat dasar.
“Saya rasa bersyukur dan amat berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri terutama Datuk Seri Zambry,” ujarnya yang menyebut tentang isu setinggan sebagai salah satu cabaran tugas yang menantinya.
Latipah ketika ini merupakan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (Pengurusan) menggantikan Pegawai Daerah Kampar, Datuk Ismail Hassan yang akan bersara pada 15 April ini.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Rusnah Kassim menyifatkan perlantikan Latipah sebagai satu pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh kerajaan negeri.
“Biasanya kita lihat pengumuman yang dibuat adalah untuk melantik wanita menjadi seorang pengarah jabatan tapi kali ini ialah untuk menjadi seorang pegawai daerah.
“Ini satu pengiktirafan yang begitu tinggi sekali diberikan oleh kerajaan negeri,” ujarnya.
Astro Awani
Tue Apr 14 2015
LATIPAH: Bersyukur dan amat berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri.
Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti media.
MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengutip dan membersihkan 4,440 kilogram (kg) sampah sarap yang berpotensi menjadi pusat pembiakan serangga pembawa penyakit, di sebuah rumah di daerah Barat Daya.
Hakim Persekutuan AS sekat sementara rancangan Trump kurangkan pekerja kerajaan pusat
Keputusan itu dibuat beberapa jam sebelum tarikh akhir pada tengah malam untuk pekerja memilih program peletakan jawatan yang ditangguhkan.
AWANI Tonight: Jakim’s advice not policy, needs govt approval - Cabinet
Jakim may advise Muslims on safeguarding their faith but this does not equate to official policy, says the government. Any policies must also receive Cabinet approval before implementation.
Consider This: Yayasan Tunku Abdul Rahman — Reimagining Scholarships
Many people think scholarships are just about money. But the Tunku Abdul Rahman Foundation (Yayasan TAR) is proving that education support can be much more than financial aid. By redefining what it means to qualify for a scholarship, YTAR now prioritizes equity and representation—giving opportunities to those who need them most. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Ida Thein, CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman & Co-Founder of Closing The Gap Malaysia, and Kuhaneetha Bai, 2022 AHAM-Tunku Scholar.
AWANI Tonight: Philippines’ VP Sara Duterte to fight impeachment
Philippines’ VP Sara Duterte says her legal team will fight her impeachment case, as her feud with President Ferdinand Marcos Jr. intensifies.
AWANI Ringkas: Bedah siasat mangsa selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 8 malam ini.
Ribut salji ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Jeju
Korean Air membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Jeju bermula 10 pagi.
Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok
Anwar mengajak orang ramai bersama-sama meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik dalam suasana penuh harmoni pada Malaysia Sarong Music Run 2025 di KLCC esok.
Tragedi 'water rafting': Kak Chik sempat hantar gambar 'selfie' sebelum lemas
Perkara itu dikongsikan adiknya mengenai kenangan akhir bersama arwah selepas menerima gambar dalam kumpulan WhatsApp keluarga pada Jumaat.
Tragedi 'water rafting': Khairul Hakim ringan tulang, jaga ibu hingga akhir hayat - Abang
Muhamad Nazri berkata, adik bongsu daripada enam beradik itu banyak membantu keluarga terutama dalam hal ehwal penjagaan ibu bapa mereka.
Traedi 'water rafting': Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan
Keputusan itu dibuat susulan daripada kejadian kepala air di laluan Sungai Kampar dan Sungai Jahang sehingga meragut tiga kematian.
Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.
'Disneyland Malaysia' kian suram, sepi?
Kawasan ini pernah menjadi tarikan pelancong disebabkan warna dan struktur bangunannya yang ceria serta menarik perhatian.
Pelajar Jepun ambil iktibar kisah Pertempuran Kampar, lihat tinggalan perang
Pelancongan berasaskan sejarah dapat mendedahkan kepada rakyat Jepun cerita sebenar, kerana penceritaan di negara mereka mungkin berbeza.
Tak sempat daftar universiti, remaja maut kereta langgar treler
Seorang remaja yang dalam perjalanan untuk mendaftar masuk ke universiti maut selepas kereta dinaiki bersama ahli keluarganya melanggar sebuah treler.
'Semoga syurga untuk mereka' - Nasaruddin reda kehilangan isteri, empat anak serentak
Nasaruddin reda kehilangan isteri dan empat anaknya serentak dalam nahas di Kilometer 310.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, dekat Kampar, awal pagi ini.
Pelajar tahfiz kongsi pengalaman jadi imam di kampung Orang Asli
Dua pelajar Tahfiz memperoleh pengalaman berbeza apabila terpilih menjadi imam di Kampung Orang Asli Sungai Gapes, Sahom, sepanjang bulan Ramadan kali ini.
Pemandu tersepit, lori dipandu terbabas dekat Kampar
Seorang pemandu lori tersepit selepas lori yang dipandunya terbabas di Jalan Malim Nawar, Tanjung Tualang dekat Kampar.