IPOH: Kerajaan negeri Perak sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian bagi membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, utara negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sebelum pengumuman Belanjawan 2024, pihaknya sudah mengenal pasti sebidang tanah seluas 40 hektar bagi pembangunan kawasan perindustrian berteknologi tinggi.
"Tetapi dengan pengumuman ini (Belanjawan 2024), saya melihat ia memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 ekar (400 hektar) tanah. Jadi, kita kena lihat semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Sukan Negara (HSN) 2023 di Dataran Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
Saarani berkata lokasi spesifik kawasan industri itu akan diumumkan selepas penetapan dibuat menerusi perbincangan dengan pihak berkaitan.
"Kita tak mahu dedahkan sekarang kerana akan memberi pelbagai implikasi. Contohnya, seperti apabila kita umumkan projek pengkomersilan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, secara tiba-tiba harga tanah di situ naik secara mendadak," katanya.
Beliau berkata pembukaan kawasan perindustrian berteknologi tinggi itu juga dijangka mempercepatkan proses permohonan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di kawasan utara Perak.
"Kita memerlukan kapasiti air yang banyak, jadi dengan adanya kemudahan ini, ia akan membantu bagi memenuhi permintaan pengairan padi serta industri yang akan dibangunkan di kawasan berkenaan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata cadangan pengurangan duti hiburan di negeri itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.
"Kita akan buat kajian dahulu untuk lihat kesannya. Siapa untung, siapa rugi dan lebih cantik semua menerima keuntungan," katanya.
Dalam pembentangan belanjawan itu, Perdana Menteri menyeru kerajaan negeri supaya mempertimbangkan pengurangan duti hiburan yang dilihat mampu menyokong perkembangan bakat kreatif tempatan, di samping merancakkan aktiviti pelancongan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023
![Perak kenal pasti lokasi pembangunan industri berteknologi tinggi Perak kenal pasti lokasi pembangunan industri berteknologi tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697276096_TBSaaraniMohamad.jpg)
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) menyertai acara Fun Walk pada Program Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Negeri Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah hari ini. - Foto Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714889896_AnwarIbrahim.jpg)
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
![Hampir 50 peratus belum daftar, Perak harap tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan - Exco Hampir 50 peratus belum daftar, Perak harap tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710301512_TBpadujpg.jpg)
Hampir 50 peratus belum daftar, Perak harap tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan - Exco
Masih terdapat hampir 50 peratus rakyat di Perak masih belum mendaftar, kebanyakannya dalam kalangan penduduk di kawasan pedalaman.
![Perak hantar 50 orang belia jalani latihan kemahiran di China Perak hantar 50 orang belia jalani latihan kemahiran di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709179825_KhairudinAbuHanipa.jpg)
Perak hantar 50 orang belia jalani latihan kemahiran di China
Kerajaan Negeri Perak akan menghantar 50 orang belia ke China bagi mengikuti latihan kemahiran jangka pendek dan panjang.
![Perak kenal pasti lokasi pembangunan industri berteknologi tinggi Perak kenal pasti lokasi pembangunan industri berteknologi tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697276096_TBSaaraniMohamad.jpg)
Perak kenal pasti lokasi pembangunan industri berteknologi tinggi
Kerajaan negeri Perak sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian bagi membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, utara negeri itu.
![Jual air: Tidak ada kaitan dengan politik, kalau Kelantan nak beli pun boleh - Saarani Jual air: Tidak ada kaitan dengan politik, kalau Kelantan nak beli pun boleh - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686828568_SaaraniMohamad.jpg)
Jual air: Tidak ada kaitan dengan politik, kalau Kelantan nak beli pun boleh - Saarani
Keputusan Kerajaan Perak yang bersedia untuk berbincang dengan Pulau Pinang berhubungan penjualan air terawat ke negeri itu tidak mempunyai kaitan dengan pengaruh politik.
![Perak bentang RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 Perak bentang RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671680488_DUNPerak.jpg)
Perak bentang RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023
Kerajaan Negeri Perak membentangkan RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 yang antara lain menaikkan jumlah penalti dan pembatalan lesen kepada penternak yang gagal mematuhi undang-undang.
![Sidang DUN: Perak cadang Kerajaan Persekutuan ambil alih sekolah menengah tahfiz Sidang DUN: Perak cadang Kerajaan Persekutuan ambil alih sekolah menengah tahfiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684822754_SaaraniMohamad.jpg)
Sidang DUN: Perak cadang Kerajaan Persekutuan ambil alih sekolah menengah tahfiz
Kerajaan Perak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan sekolah menengah tahfiz di negeri itu diambil alih oleh pusat.
![Pulau Pinang akan teruskan perbincangan bekalan air dengan Perak - Chow Pulau Pinang akan teruskan perbincangan bekalan air dengan Perak - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670067331_TBChowKonYeow.jpg)
Pulau Pinang akan teruskan perbincangan bekalan air dengan Perak - Chow
Pulau Pinang merancang untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan Negeri Perak mengenai Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS), bagi mengimport air mentah dari negeri jiran.
![MB Perak umum senarai portfolio Exco MB Perak umum senarai portfolio Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669183494_TBmbperak.jpg)
MB Perak umum senarai portfolio Exco
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
![Pasca PRU15: Polis nafi kekecohan ahli UMNO di Lenggong, buka kertas siasatan Pasca PRU15: Polis nafi kekecohan ahli UMNO di Lenggong, buka kertas siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664514820_TBYUSRIHASSAN.jpg)
Pasca PRU15: Polis nafi kekecohan ahli UMNO di Lenggong, buka kertas siasatan
Polis Perak menafikan kononnya berlaku kekecohan di hadapan pejabat UMNO yang dikaitkan dengan penggabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).