Kerajaan negeri dengan sebuah syarikat swasta bekerjasama untuk mereka cipta tangan prototaip elektronik cetakan 3 dimensi (3D) bagi membantu lebih ramai kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan kemudahan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Khairul Shahril Mohamed berkata, kerjasama dengan MyVista itu dilaksanakan melalui Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) yang bertujuan manfaat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) demi kesejahteraan sosial rakyat.
"Inisiatif yang dihasilkan MyVista itu memberi banyak manfaat kepada insan-insan yang memerlukan dan usaha sebegini wajar disambut baik oleh semua pihak.
"Banyak ruang boleh dijayakan dengan kerjasama semua pihak termasuk swasta dan badan-badan korporat untuk menghulurkan bantuan," katanya dalam sidang media selepas penyerahan tangan prototaip elektronik cetakan 3D kepada seorang kanak-kanak OKU, Izza Adeera Faaizul Hisham, 7, di Hub Inovasi dan Multimedia di Meru Raya di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, kerajaan negeri turut menggalakkan syarikat swasta dan badan korporat lain agar bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu kanak-kanak OKU menjalani kehidupan seperti insan normal.
"Saya yakin, lebih banyak pihak bersedia menawarkan diri untuk menjayakan program ini jika ia dihebahkan sebaik mungkin," katanya.
Sementara itu, Pengasas MyVista, Sujana Mohd Rejab berkata, inisiatif bersama kerajaan negeri itu bertujuan meningatkan keyakinan dalam diri kanak-kanak OKU.
Beliau berkata, sehingga kini lebih 60 tangan prototaip elektronik cetakan 3D yang berharga antara RM5,000 hingga RM10,000 seunit berjaya dihasilkan iaitu lebih murah berbanding di luar negara yang mencecah RM25,000 hingga RM40,000 seunit.
"Kita tidak mahu membebankan penaja atau pemberi sumbangan. Kita lebih kepada memberi khidmat sosial dan tidak mahu membebankan penerima," katanya.
Dalam pada itu, ayah kepada Izza Adeera, Faaizul Hisham De, 42, berkata protaip itu merupakan tangan palsu kedua diterima anaknya yang disifatkan ringan dan sesuai untuk digunakan.
"Dia ada menggunakan tangan mekanikal beberapa tahun lalu tetapi agak sukar kerana memerlukan kekuatan siku selain tangannya yang kecil. Jadi, dia tidak dapat pegang dalam tempoh lama," katanya.
Selain itu, beliau berkata, Izza Adeera tidak pernah berasa rendah diri sebaliknya sudah menerima hakikat kekurangan yang dialaminya sejak daripada lahir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 10 2020

Izza Adeera menerima tangan prototaip elektronik cetakan 3D pada majlis di Hub Inovasi dan Multimedia di Meru Raya, Ipoh, pada Khamis. - Astro AWANI

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU
Sehingga kini lebih 60 tangan prototaip elektronik cetakan 3D yang berharga antara RM5,000 hingga RM10,000 seunit berjaya dihasilkan.