IPOH:Kerajaan negeri menerusi Tourism Perak memperkenalkan enam kluster pelancongan di negeri ini yang menjadi tumpuan utama pelancong domestik, sekali gus diharap dapat mencapai sasaran kedatangan lima juta pelancong domestik pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata enam kluster itu adalah kluster Bandaraya Ipoh merangkumi Gopeng, Kampar dan Batu Gajah, kluster Royal Belum bermula dari Kuala Kangsar, Gerik dan Pengkalan Hulu manakala kluster Taiping meliputi kawasan Larut, Matang dan Selama serta Kerian.
Tiga lagi kluster adalah kluster Manjung meliputi kawasan Perak Tengah, Lumut dan Pulau Pangkor, kluster Hilir Perak melibatkan Teluk Intan dan Bagan Datuk serta kluster Perak Selatan merangkumi kawasan Tapah dan Tanjung Malim.
"Sebagai contoh, pelancong domestik boleh menghabiskan percutian selama tiga hari dua malam dalam mana-mana kluster pelancongan dengan berkunjung ke pelbagai tempat dengan pakej penginapan yang menarik, selain mengadakan pelbagai aktiviti serta merasai makanan tradisi atau popular yang terdapat di kawasan berkenaan.
"Ini merupakan strategi yang kita lihat boleh diguna pakai untuk meningkatkan kedatangan pelancongan domestik pada waktu kita sedang menghadapi pandemik COVID-19," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Semarak Pelancongan Perak 2020 di sini, hari ini.
Sementara itu Nolee Ashilin berkata fasa kedua baucar pelancongan #TravelPerakLahakan diteruskan bermula Oktober ini sehingga Mac tahun depan dengan penambahan sebanyak 3,000 keping baucar kepada pelancong domestik.
"Fasa kedua ini diteruskan memandangkan inisiatif kerajaan negeri memperkenalkan baucar pelancongan #TravelPerakLah fasa pertama yang bermula Julai lepas, mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelancong domestik.
"Bagi fasa kedua ini, kita akan menawarkan pakej perkhidmatan bas persiaran dua tingkat, Hop-On Hop Off (HOHO) selain pelbagai tawaran pakej pelancongan menarik daripada agensi pelancongan yang terpilih," katanya.
Baucar pelancongan #TravelPerakLah adalah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu memulihkan sektor pelancongan negeri yang terbahagi kepada dua iaitu baucar bernilai RM50 dan RM30 bagi penginapan di hotel terpilih.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 29 2020

NOLEE ASHILIN: Ini merupakan strategi yang kita lihat boleh diguna pakai untuk meningkatkan kedatangan pelancongan domestik pada waktu kita sedang menghadapi pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid
Kome digalakkan membawa kerusi 'healing' atau 'bean bag' untuk keselesaan. Usoh riso kome! Masuk adalah percuma!

2,000 petugas barisan hadapan pelancongan Perak belum terima vaksin
Pihaknya telah membuat permohonan kepada CITF dan menunggu kelulusan agar suntikan vaksin dapat diberikan kepada kesemua petugas barisan hadapan industri pelancongan negeri ini.

OKU cacat penglihatan seronok diberi peluang berbasikal
Program anjuran Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Perak dan Tourism Perak itu memberi peluang kepada peserta untuk mengenali komponen basikal sebelum memulakan pergerakan.

COVID-19: Hanya satu lokasi pelancongan ditutup di Perak
Penutupan Taman Tema Sunway Lost World of Tambun selama 14 hari bermula Selasa lepas adalah pendekatan yang diambil pihak pengurusan dan pentadbiran taman tema.

Perak perkenal enam kluster pelancongan, sasar lima juta pelancong domestik
Kerajaan negeri menerusi Tourism Perak memperkenalkan enam kluster pelancongan di negeri ini yang menjadi tumpuan utama pelancong domestik.