IPOH: Selepas bandar raya Ipoh, Perak menyasarkan Kampar dan Batu Gajah sebagai daerah seterusnya yang bakal menikmati liputan internet berkelajuan tinggi 5G.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak Mohd Azlan Helmi berkata, inisiatif di bawah ‘Greater Ipoh’ itu bagi memastikan semua daerah di Lembah Kinta akan memperoleh capaian internet berkenaan pada masa hadapan.
Katanya, pihaknya akan mencadangkan penubuhan badan penyelaras bagi pembangunan capaian 5G di daerah-daerah luar Ipoh dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) pada masa terdekat.
“Kita akan berbincang dalam MMK sama ada untuk menubuhkan satu badan penyelaras iaitu Majlis Digital, atau memberi peranan itu kepada anak syarikat kerajaan negeri (GLC) sedia ada iaitu Digital Perak.
“Pihak penyelaras itu akan bertanggungjawab untuk menyelaras, mengumpul data dan sebagainya berkaitan dengan pembangunan 5G di Perak ini agar ia lebih tersusun.
“Kita mahu rangkaian 5G ini dapat diperluaskan di seluruh daerah di Lembah Kinta dan untuk itu kerajaan negeri akan bersikap lebih proaktif dalam usaha ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat 5G dan Lawatan Ke Pusat Operasi Bersepadu Ipoh di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching serta Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Selain itu, Mohd Azlan berkata, usaha berkenaan juga selaras dengan Fokus Keempat dalam Perutusan Tahun Baru yang disampaikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad baru-baru ini iaitu ‘Keterengkuman Inisatif dan Infrastuktur Digital’.
Tambahnya, kerajaan negeri akan melaksanakan proses pemutihan terhadap menara-menara pemancar telekomunikasi di atas bangunan di seluruh negeri pada masa terdekat dengan kerjasama Digital Perak dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Sementara itu, Rumaizi berkata, setakat ini lebih 40 peratus kawasan di seluruh Ipoh telah menerima capaian akses 5G berkelajuan 1 gigabit per saat (Gbps) yang merangkumi antaranya Pusat Bandar, Tambun, Bercham, Meru, Klebang dan Pasir Puteh.
“Jika ikutkan sasaran kerajaan persekutuan, pada 31 Disember tahun hadapan kita boleh capai lebih daripada peratusan itu untuk rangkaian 5G di Ipoh.
“Namun, saya beritahu kepada pegawai-pegawai saya untuk kita capai 80 peratus liputan 5G di seluruh kawasan di Ipoh ini, menjelang akhir tahun ini juga,” katanya.
Amirrul Rabbani
Fri Feb 03 2023

Setakat ini lebih 40 peratus kawasan di seluruh Ipoh telah menerima capaian akses 5G berkelajuan 1Gbps yang merangkumi antaranya Pusat Bandar, Tambun, Bercham, Meru, Klebang dan Pasir Puteh.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Kementerian Komunikasi kenal pasti 67 kawasan perindustrian akan dilengkapi kemudahan 5G - Fahmi
Kementerian Komunikasi telah mengenal pasti 67 kawasan perindustrian di seluruh negara untuk dilengkapi dengan kemudahan internet 5G.

Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.

Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.

Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).

U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.

PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua
Kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua menyebabkan Perdana Menteri hilang sabar.

Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia
Kewujudan rangkaian 5G kedua, U Mobile Sdn Bhd mampu memberikan impak positif kepada pengguna dan sektor industri.