IPOH: Kerajaan Perak melalui jabatan kesihatan negeri akan menyediakan 1,000 Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) percuma kepada setiap 59 pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi COVID-19 ketika musim perayaan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata pemberian kit dalam masa terdekat itu diharap dapat mengawal dan memutuskan rantaian COVID-19 pada peringkat awal.
"Sebanyak 1,000 RTK-Ag ini akan diagihkan kepada setiap pusat khidmat ADUN dan seterusnya diedarkan kepada rakyat," katanya ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya anjuran kerajaan negeri di Stadium Indera Mulia di sini semalam.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini tiada keperluan untuk membuka pusat kuarantin di negeri itu memandangkan sistem kesihatan semakin baik dan pesakit COVID-19 boleh menjalani kuarantin di rumah.
"Kebanyakan pesakit COVID-19 berada di kategori satu dan dua dengan mereka hanya menjalani kuarantin di rumah serta boleh sembuh dalam masa dua ke tiga hari," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 03 2022

Mohd Akmal berkata, setakat ini tiada keperluan untuk membuka pusat kuarantin di Perak memandangkan sistem kesihatan semakin baik dan pesakit COVID-19 boleh menjalani kuarantin di rumah. - Gambar fail/BERNAMA

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Perak sediakan 1,000 RTK-Ag kepada 59 pusat khidmat ADUN
Pemberian kit dalam masa terdekat itu diharap dapat mengawal dan memutuskan rantaian COVID-19 pada peringkat awal.