IPOH: Perak akan menyegerakan sistem Penternakan Khinzir secara Moden (MPF) bagi ladang di seluruh negeri untuk pengoperasian yang lebih baik selain demi kesejahteraan masyarakat setempat.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri A. Sivanesan berkata penyegeraan sistem itu perlu dilaksanakan susulan aduan yang tinggi oleh penduduk sekitar yang terkesan dengan pencemaran.
"Kami terima banyak aduan daripada orang awam berkaitan pencemaran bau, udara dan sebagainya. Jadi, kita putuskan untuk melakukan penyusunan semula industri ini yang akan diubah ke MPF iaitu berkonsepkan kandang tertutup.
"Selain ladang babi, pencemaran bau dan udara daripada penternakan ayam turut menjadi perhatian apabila sering menerima aduan daripada penduduk khususnya di Manjung sehingga tidak boleh menikmati makanan. Kita dapat menghentikan semua ini jika tukar kepada sistem itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri acara 5KM Colour and Water Fun Run 2023 anjuran Kelab Gabungan Kesihatan Perak di Hospital Bahagia di sini hari ini.
Sivanesan berkata setakat ini, kerajaan telah mengurangkan kepada 87 daripada 115 ladang babi manakala selebihnya akan ditutup atau ditukar kepada penternakan ayam.
"Asalnya, Putrajaya telah mengeluarkan arahan berkaitan sistem ini pada 2017, namun masih tertangguh hingga sekarang. Perak tidak ingin menunggu lagi jadi kita mahu pelaksanaan ini dilakukan segera," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Kerajaan Negeri Perak telah memohon pertambahan belanjawan berkaitan kesihatan yang akan dimasukkan dalam Bajet Persekutuan 2023.
"Kami telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon pertambahan katil hospital di negeri ini antaranya kerana kesesakan pesakit. Kita mahu pertingkatkan jumlah katil dan kemudahan bagi keselesaan orang ramai," katanya.
Rabu lepas, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad telah mengemukakan senarai permohonan projek-projek pembangunan bernilai RM3 bilion untuk dimasukkan dalam Bajet Persekutuan antaranya melibatkan pembinaan semula Jalan Raya Timur Barat dan tambahan katil di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023

Penyegeraan sistem penternakan moden itu perlu dilaksanakan susulan aduan yang tinggi oleh penduduk sekitar yang terkesan dengan pencemaran. - Gambar hiasan
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Negeri Sembilan tiada halangan teruskan aktiviti penternakan babi di Bukit Pelandok
Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan dengan cadangan untuk meneruskan aktiviti penternakan babi berkeluasan 713.3 hektar di kawasan Pig Farming Area (PFA) di Bukit Pelandok, Port Dickson.

Bukan babi, pencemaran di Sungai Lembu disebabkan ladang itik
Pemeriksaan di kawasan perkampungan Sungai Lembu, di sini mendapati pencemaran di Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah, berlaku akibat pelepasan sisa ladang ternakan itik.

Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS
Status itu adalah berdasarkan hasil survelan ke atas 399 sampel babi komersial sehingga Ogos lepas yang mendapati keputusan ujian adalah negatif.

Perak segerakan penternakan khinzir secara moden
Penyegeraan sistem itu perlu dilaksanakan susulan aduan yang tinggi oleh penduduk sekitar yang terkesan dengan pencemaran.

Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti
Penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika kini telah merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, menyebabkan tiga lagi ladang ternakan babi ditutup.

Lima lagi ladang babi dijangkiti, Pulau Pinang isytihar ASF sebagai bencana
Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) di negeri itu sebagai bencana selepas lima lagi ladang ternak babi dijangkiti penyakit itu.

Penyakit ASF dikesan di ladang di Sungai Bakap
Penyakit demam babi Afrika atau 'African Swine Fever' (ASF) dikesan menjangkiti babi di sebuah ladang babi di Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan.

Dua ladang dikesan positif penyakit demam babi Afrika
DVS Pulau Pinang turut mengenal pasti lori pengangkut babi yang telah mengangkut babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF.

Penduduk penat isu babi berlarutan lebih 50 tahun, gesa tindakan segera
Wakil rakyat silih berganti namun masalah sama masih menghantui, membuatkan mereka buntu, tidak tahu ke mana lagi harus dipanjangkan gundah di hati.

Demam Babi Afrika dikesan di dua ladang di Kerian - DVS
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan kejadian penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di dua ladang komersial ternakan itu di daerah Kerian, Perak pada 17 dan 18 Sept lepas.