KUALA LUMPUR: Perak adalah yang terawal mendapat "janji temu" untuk menghadap Sultan bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan pembubaran Parlimen Penggal Ke-14 untuk memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ketika pentadbiran DUN negeri-negeri lain masih bertaraf status quo.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dijadualkan menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada 2 petang esok bagi mendapatkan perkenan baginda membubarkan DUN Perak.
Setakat ini, hanya DUN di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) iaitu Perak, Pahang, dan Perlis dilaporkan akan dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya bersekali dengan pemilihan di peringkat Parlimen.
Menteri Besar Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man masing-masing masih menanti tarikh untuk menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, untuk mempersembahkan hasrat membubarkan DUN.
DUN Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak yang baharu melalui pilihan raya negeri tidak akan dibubarkan.
DUN dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, dan di bawah PAS -- Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaporkan hanya akan dibubarkan tahun depan.
Selangor diketahui tidak akan membubarkan DUN sehingga tahun hadapan dan perkara itu diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang hari ini menitahkan agar pentadbiran kerajaan negeri diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen Ke-14 berkuat kuasa semalam untuk memberi laluan kepada PRU15, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Susulan pembubaran Parlimen ke-14, Perdana Menteri turut mengesyorkan ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor untuk mendapatkan perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri bagi membubarkan DUN masing-masing, bagi membolehkan pilihan raya negeri dan parlimen diadakan serentak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dijadualkan menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada 2 petang esok bagi mendapatkan perkenan baginda membubarkan DUN Perak. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Istiadat Penganugerahan Pingat Pulau Pinang 2023 ditangguh
Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Pulau Pinang 2023 ditangguhkan ke Oktober atau satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

PRN berasingan: Bukan urusan saya, Pas boleh rujuk SPR - Anwar
Anwar berkata Pas mempunyai hak untuk menentukan tarikh pembubaran DUN negeri yang ditadbir parti itu.

Aminuddin cadang PRN diadakan serentak, habis penggal
Menteri Besar Negeri Sembilan berpendapat enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengadakan pilihan raya negeri (PRN) selepas habis penggal pada tahun hadapan.

Mesyuarat Majlis Presiden PH: Status pembubaran tiga negeri diketahui hari ini?
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu.

Perak terawal dapat menghadap Sultan berhubung pembubaran DUN
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dijadualkan menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada 2 petang esok.

Pembubaran DUN ikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri - MB Johor
Tidak timbul soal pembaziran kerana peruntukan untuk mengadakan pilihan raya ada termaktub dalam perlembagaan negeri itu.

PRN Sarawak: 'Jangan dahului kuasa Agong' - PM
Jangan mendahului Agong dalam urusan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PRN Melaka: Adly fail semakan kehakiman, cabar pembubaran DUN Melaka
Dalam afidavit sokongannya, Adly antara lain mendakwa Sulaiman telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada awal Oktober lalu.

PRN Sarawak: Tiada sidang media pembubaran DUN esok - Pejabat Ketua Menteri
Tiada sidang media berkenaan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak diadakan esok seperti yang diperkatakan.

Bawa isu pembubaran DUN ke mahkamah supaya jadi teladan masa hadapan - Adly Zahari
Keabsahan pembubaran DUN Melaka itu perlu ditentukan oleh mahkamah berlandaskan undang-undang dan Perlembagaan Negeri.