Perak raih pelaburan tambahan bernilai lebih RM1 bilion selepas tujuh syarikat swasta memeterai dokumen komitmen untuk mengembangkan perniagaan mereka di negeri itu.
Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, pelaburan tambahan itu turut melahirkan lebih 700 peluang pekerjaan baharu yang seterusnya dapat memacu pertumbuhan industri digital dan teknologi khususnya pasca COVID-19.
“Ketika ini semua syarikat dan hampir setiap individu di seluruh dunia terkesan akibat COVID-19.
“Setiap syarikat yang melabur hari ini tentunya mempunyai perancangan masa panjang dan mereka lihat potensi negeri Perak untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka.
“Perkara ini sudah diambil kira sebelum menandatangai dokumen komitmen ketika mereka melabur di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas selepas menyaksikan komitmen pelaburan antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan tujuh buah syarikat di Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh, petang Jumaat.
Hadir sama, Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John.
Kerjasama itu menjangkakan Keluaran Dalam Negeri Kasar KDNK Perak mencapai sasaran RM103 bilion menjelang tahun 2027.
.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jul 24 2020

Ahmad Faizal (dua, kiri) menyaksikan pertukaran dokumen antara Jebasingam (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Lumut Port Izudin Ismail (dua, kanan) pada majlis anjuran NCIA di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, 24 Julai, 2020. --fotoBERNAMA

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.