IPOH: Perak tidak mampu membekalkan air mentah kepada Pulau Pinang susulan keperluan pengunaan air domestik di negeri ini yang dilihat tidak mencukupi.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan muktamad itu dibuat setelah mengambil kira keperluan jangka panjang, termasuk sektor perindustrian yang pesat membangun di negeri ini.
"Kajian yang dilakukan menunjukkan, air di Perak ini, untuk kegunaan negeri pun tidak sepenuhnya mencukupi.
"Contohnya, apa yang berlaku di kawasan pertanian Kerian. Air takungan Bukit Merah kering dan terpaksa guna kaedah pembenihan awan untuk hasilkan hujan - menunjukkan, di Perak pun ada masalah air.
"Untuk jangka masa panjang, tahun 2050 penduduk Perak akan berjumlah 3 juta orang. Lebih ramai orang, maka lebih banyak air diperlukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Seronok ke Sekolah Tahun 2022 Negeri Perak serta Majlis Perasmian Pejabat Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di sini, hari ini.
Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin.
Saarani berkata, kajian mendapati sektor perindustrian seperti kilang juga akan banyak bertapak di Perak, yang juga memerlukan sumber air.
"Invest Perak telah buktikan, dalam tempoh akan datang, negeri ini akan dihujani pelabur yang ingin membuka kilang di sini.
"Baru minggu lepas kita ada taklimat daripada sebuah kilang di Taiping yang menjelaskan kilang mereka hanya dapat bekalan air dari Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak 15 peratus. Selainnya mereka perlu cari sendiri (sumber air).
"Kalau tak cukup (air) macam mana kita nak hantar kepada orang (negeri) lain? Dalam perjumpaan itu (Pulau Pinang dan Perak), kita sudah bersetuju. Minta maaf, kita bersimpati dengan masalah Pulau Pinang.
"Tetapi Perak tak dapat membantu kerana kami perlu mengadun, membuat empangan, memproses dan menyediakan air yang cukup untuk orang negeri Perak sendiri," katanya lagi.
Semalam, media melaporkan kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Perak mengenai hasrat membeli air mentah dari negeri berkenaan.
Saarani berkata, mesyuarat diadakan di pejabatnya di Ipoh petang semalam.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata akan mengadakan perbincangan bersama kerajaan Perak berhubung hasrat negeri itu membeli air mentah dari Perak menerusi projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS).
Menurutnya, kerajaan negeri telah membuat kajian sejak 2019 dan mendapati Pulau Pinang memerlukan sumber air alternatif menjelang 2025-2030.
Aida Aziz
Thu Mar 03 2022

SAARANI: Pada 2050, penduduk Perak dijangka berjumlah 3 juta orang - lebih ramai orang, lebih banyak air diperlukan. - Gambar fail

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

AIR 2040: Perkasa pengurusan air untuk masa depan rakyat dan negara
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 adalah langkah yang kritikal bagi memastikan Malaysia kekal berdaya tahan dalam pengurusan sumber air.

Kerajaan jalankan penyelidikan impak kehadiran mikroplastik terhadap kualiti air - Fadillah
Kerajaan melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang giat menjalankan penyelidikan berkaitan impak kehadiran bahan cemar baharu terhadap kualiti air.

TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.

Kebakaran gudang: SESB dipercayai rugi RM40 juta
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dipercayai kerugian kira-kira RM40 juta susulan kejadian kebakaran di gudang penyimpanan kabelnya di Jalan Menggatal dekat sini semalam.

Kemarau di Jawa Barat: Hampir 900 hektar tanah sawah terjejas
Fenomena El Nino telah menyebabkan hampir 900 hektar sawah di Jawa Barat dilanda kemarau, sekali gus mengakibatkan kekurangan hujan dan air.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Tanah runtuh Bukit Tunku: 'Ada kemungkinan tanda-tanda sudah lama muncul'
Berdasarkan penerangan awal pihak bomba, ada kemungkinan tanda-tanda awal sudah muncul untuk beberapa lama.

N. Sembilan perluas kawasan penanaman padi, jamin kelangsungan
Pembukaan kawasan baharu untuk penanaman padi itu juga dapat membuka peluang pekerjaan terutama kepada penduduk setempat.

Perak tidak mampu bekalkan air kepada Pulau Pinang - MB
Keputusan dibuat setelah mengambil kira keperluan jangka panjang, termasuk sektor perindustrian yang pesat membangun, di Perak.

Semak SOP untuk situasi krisis luar jangka, tambah alternatif sumber air baharu
SOP itu akan membolehkan SATU bertindak dengan lebih teratur dan menggunakan semua alternatif yang ada untuk membekalkan air bersih.