TANJUNG MALIM: Perak menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji keperluan pembangunan sekitar kawasan Proton City menjelang tahun 2027.
Jawatankuasa itu dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jawatankuasa itu akan mengkaji pembangunan yang perlu ekoran perpindahan 4,000 lagi pekerja kilang Proton di Shah Alam ke Tanjung Malim.
"Antaranya, keperluan untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, keperluan untuk menyediakan sekolah yang mencukupi dan selesa.
"Kita sentiasa mengadakan mesyuarat, berkolobarasi dengan pentadbiran ini dan juga dengan Pegawai Daerah Muallim dan juga Yang Dipertua Majlis Daerah supaya jangan nanti menjelang 2027 dilihat macam tak bersedia," katanya.
Beliau ditemui selepas melawat Kilang Proton Tanjung Malim dan Perasmian Fasiliti Terbaharu Kilang Enjin dan Kilang Penghentakan Badan Kereta di Kawasan Perindustrian Proton City, pada Selasa.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak dan Pengerusi Proton Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar.
Menurutnya, setakat ini, kilang Proton di Tanjung Malim mempunyai kira-kira 3,000 pekerja.
Katanya, dengan perpindahan 4,000 lagi pekerja Proton dari Shah Alam, penduduk sekitar Muallim dijangka bertambah kira-kira 50,000 orang.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Mar 14 2023

Saarani Mohamad berkata, jawatankuasa itu akan mengkaji pembangunan yang perlu ekoran perpindahan 4,000 lagi pekerja kilang Proton di Shah Alam ke Tanjung Malim. - Gambar/ Astro AWANI

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.

Perak tubuh jawatankuasa khas kaji pembangunan sekitar Proton City
Perak menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji keperluan pembangunan sekitar kawasan Proton City menjelang tahun 2027.

Operator kilang maut, motosikal bertembung lori
Seorang operator kilang maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bertembung dengan sebuah lori di Jalan Jelawai, Proton City tengah hari tadi.

Mayat wanita ditemui dalam longkang, dipercayai kes bunuh
Mayat wanita yang dipercayai berusia lingkungan 16 hingga 30-an itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan, yang kemudiannya menghubungi pihak polis pada pukul 4.32 petang.