IPOH: Geopark Lembah Kinta telah diperakukan semula sebagai Geopark Kebangsaan bagi tempoh lima tahun, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Menurutnya, perakuan semula itu dibuat pada 20 Jun lalu oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan bagi sesi 2021-2025.
Beliau berkata, bukan mudah untuk mendapat kembali pengiktirafan tersebut dan antara cabaran utama ialah geopark itu sendiri terletak di dalam bandar raya Ipoh.
"Antara cabarannya ialah, kita mempunyai bandar raya dalam geopark itu sendiri. Kebanyakan geopark tidak ada bandar raya, kecuali pekan kecil dan sebagainya. Itu salah satu keunikan Geopark Lembah Kinta.
"Tetapi, itu juga bermaksud pembangunan perlu dirancang selari dengan usaha memastikan geopark yang telah kita iktiraf, dan akan diiktiraf kemudian juga, dipelihara dan dipulihara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Reskill dan Upskill Kursus Asas dan Lanjutan Jurupandu@Geoguide Geopark Lembah Kinta, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Cawangan Penyelarasan Operasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Nizarul Ikram Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.
Tambah Nolee Ashilin, amat penting untuk mewujudkan satu pelan pengurusan geopark yang lebih menyeluruh.
"Saya difahamkan oleh Perbadanan Taman Negeri bahawa mereka masih lagi dalam proses menghasilkan satu pelan pengurusan konservasi.
"Ia bagi memastikan Geopark Lembah Kinta ini akan dapat mengekalkan tapak sedia ada, tetapi dalam masa sama, tidak mengekang aktiviti ekonomi yang dibenarkan," katanya lagi.
Aida Aziz
Mon Aug 15 2022
![Perakuan semula Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan Perakuan semula Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660531272_GeoparkLembahKint.jpg)
Nolee Ashilin (depan, dua, kanan) hadir bagi merasmikan majlis penutup Program Reskill dan Upskill Kursus Asas dan Lanjutan Jurupandu@Geoguide Geopark Lembah Kinta, di Ipoh, semalam. - Foto Astro AWANI
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906276_mindef.jpg)
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
![Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906709_SheikhHasina.jpg)
Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.
![Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738904001_TBMahkamah.jpg)
Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Februari sebagai keputusan permohonan penangguhan hukuman penjara 10 tahun ke atas Rosmaini yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah.
![Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738903611_TBMahkamah.jpg)
Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
Perjanjian Paris: negara kekal komited walau A.S tarik diri - Ketua Iklim Pbb
Negara-negara di seluruh dunia terus berpegang teguh kepada pelan iklim nasional masing-masing dan berusaha memimpin peralihan tenaga bersih, meskipun Amerika Syarikat merancang untuk keluar daripada Perjanjian Iklim Paris.
![Lipis diperakui sebagai Geopark Kebangsaan - MB Lipis diperakui sebagai Geopark Kebangsaan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699621215_TBMERAPOH.jpg)
Lipis diperakui sebagai Geopark Kebangsaan - MB
Daerah Lipis di Pahang kini telah diperakui sebagai Geopark Kebangsaan dan merupakan yang terbesar di negara buat masa ini.
![Perlis diiktiraf Geopark Kebangsaan ke-10 Perlis diiktiraf Geopark Kebangsaan ke-10](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699540800_PerlisGeopark.jpg)
Perlis diiktiraf Geopark Kebangsaan ke-10
Perlis berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan yang ke-10 dengan nama sebagai 'Perlis Geopark' selepas memenuhi skop untuk diperakukan Jawatankuasa Geopark Kebangsaan.
![Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609490085_kenyir.jpg)
Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".
![Gombak-Hulu Langat, Stong Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan Gombak-Hulu Langat, Stong Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668534156_GuaIkan.jpg)
Gombak-Hulu Langat, Stong Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Kawasan Gombak-Hulu Langat Geopark dan Stong Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan di bawah Program Pembangunan Geopark.
![Perakuan semula Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan Perakuan semula Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660531272_GeoparkLembahKint.jpg)
Perakuan semula Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan
Perakuan semula itu dibuat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan bagi sesi 2021-2025 pada 20 Jun lalu.
![Pewartaan Taman Kinabalu sebagai Global Geopark dihantar ke UNESCO Pewartaan Taman Kinabalu sebagai Global Geopark dihantar ke UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615460943_Gunungkinabalu.jpg)
Pewartaan Taman Kinabalu sebagai Global Geopark dihantar ke UNESCO
UNESCO telah mengesahkan menerima dokumen itu dan kini TTS dalam proses menyiapkan jadual bagi memenuhi kriteria untuk proses penilaian itu.
![Lenggong bakal diiktiraf Geopark Kebangsaan kedua Perak Lenggong bakal diiktiraf Geopark Kebangsaan kedua Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614012387_GuaMatsoorat.jpg)
Lenggong bakal diiktiraf Geopark Kebangsaan kedua Perak
Geopark Lenggong bakal diiktiraf sebagai tapak geologi Geopark Kebangsaan kedua di Perak pada Julai ini.
![Malaysia dijangka punyai satu lagi Geopark Global di Lembah Lenggong Malaysia dijangka punyai satu lagi Geopark Global di Lembah Lenggong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613993262_GuaMatsoorat.jpg)
Malaysia dijangka punyai satu lagi Geopark Global di Lembah Lenggong
Sebagai permulaan, Lembah Lenggong dijangka dapat diistiharkan sebagai Geopark Kebangsaan dalam tahun ini.
![Sultan Nazrin masyhur Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan Sultan Nazrin masyhur Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71540463839_SULTANNAZRIN.jpg)
Sultan Nazrin masyhur Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan memasyhurkan Geopark Lembah Kinta di sebagai Geopark Kebangsaan.