Sebanyak 239 peralatan judi dalam talian termasuk mesin simulator dan cip komputer bernilai RM345,500 dirampas dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram Siri ke-37 (Op BAH 37) di dua premis tidak berdaftar di sini malam tadi.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata serbuan di satu daripada premis itu turut menemukan not wang kertas RM1 yang dilekatkan di bahagian cip komputer berkenaan, dipercayai bertindak sebagai nombor siri cip itu.
"Kami percaya taktik terbaru daripada sindiket mesin judi dalam talian ini dilakukan oleh rakyat tempatan dan satu kajian menyeluruh sedang dilakukan bagi mengenal pasti fungsi sebenar not (wang kertas) ini.
"Kesemua mesin yang dirampas akan dilupuskan sementara kedua-dua premis ini juga akan disita serta-merta," katanya kepada pemberita semasa operasi itu.
Adnan berkata menerusi bancian yang dibuat oleh kementeriannya sepanjang tahun lepas, terdapat 615 premis haram terdiri daripada premis judi dan premis yang berselindung di sebalik perniagaan pusat hiburan keluarga beroperasi di sekitar Kuala Lumpur.
"Proses menyediakan kertas kepada pihak Jemaah Menteri sedang dijalankan bagi menambah baik dan meminda semula akta sedia ada dengan menumpukan enam aspek aktiviti haram iaitu judi dalam talian, pusat hiburan, pusat urut, penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan permit oleh pelajar dan kesalahan syariah.
"Pindaan akta seperti Akta Rumah Judi Terbuka juga dilihat sudah tidak lagi relevan memandangkan hukuman RM2,000 denda sahaja dikenakan kepada pemilik premis yang didapati bersalah. Kerajaan amat komited dalam memerangi kegiatan aktiviti haram dan sentiasa konsisten menjalankan operasi seperti ini," katanya.
Beliau turut menyelar tindakan pemilik premis kelab malam yang tidak mematuhi peraturan waktu operasi yang ditetapkan dengan beroperasi hingga pukul 5 pagi dan sering memberikan alasan seperti 'pelancong asing mahu berhibur' walaupun realiti sebenar 99 peratus daripada pengunjung adalah orang tempatan.
Tambahnya, semua premis kelab malam di ibu negara hanya dibenarkan beroperasi sehingga 3 pagi manakala premis kelab malam di Bukit Bintang sahaja dibenarkan beroperasi sehingga 5 pagi.
Sementara itu, sebuah kelab malam di Jalan P. Ramlee turut diserbu manakala empat pengunjung beragama Islam termasuk dua perempuan ditahan atas kesalahan minum minuman memabukkan.
Operasi dijalankan secara bersepadu itu melibatkan lebih 200 anggota daripada 21 agensi serta 13 pertubuhan bukan kerajaan termasuk penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Agensi Antidadah Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2017

Adnan berkata, semua premis kelab malam di ibu negara hanya dibenarkan beroperasi sehingga 3 pagi manakala premis kelab malam di Bukit Bintang sahaja dibenarkan beroperasi sehingga 5 pagi. - Gambar fail
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Peralatan judi dalam talian bernilai RM345,500 dirampas
Serbuan di satu daripada premis itu turut menemukan not wang kertas RM1 yang dilekatkan di bahagian cip komputer berkenaan, dipercayai bertindak sebagai nombor siri cip itu.