GEORGE TOWN: Pendekatan tidak berpusat yang membolehkan negeri-negeri meneruskan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berdasarkan mencapai indikator nilai ambang masing-masing adalah lebih pragmatik dalam mengimbangi impak kesihatan awam dan ekonomi.
Dalam kenyataan, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Industri Pembuatan Pulau Pinang Datuk Seri Lee Kah Choon berkata ini berdasarkan situasi COVID-19 dan kemajuan program imunisasi adalah berbeza di setiap negeri.
"Walaupun negara mempercepatkan vaksinasi COVID-19, pendekatan yang fleksibel dalam memberi kelonggaran kepada aktiviti ekonomi berdasarkan mencapai indikator negeri masing-masing dalam tempoh peralihan ini mungkin lebih wajar," katanya.
Pada 15 Jun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PPN empat fasa dengan tiga indikator nilai ambang utama perlu dicapai sebelum negara dapat melangkah ke fasa seterusnya, iaitu purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.
Beliau berkata nilai ambang 4,000 kes menunjukkan bahawa kes baharu harian perlu berada di bawah 0.012 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia, dan pada masa ini, purata kes baharu harian negara pada Jun sebanyak 5,987 (0.018 peratus).
"Bagaimanapun, dalam konteks Pulau Pinang, purata kes baharu harian pada Jun sebanyak 196, mewakili 0.011 peratus daripada jumlah penduduk Pulau Pinang sebanyak 1.78 juta, iaitu di bawah indikator nilai ambang, manakala kadar vaksinasi semasa menunjukkan seramai 419,344 orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos (24 peratus daripada jumlah penduduk Pulau Pinang), dan 7.0 peratus telah divaksinasi sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata dengan usaha berterusan negeri untuk mempercepatkan kadar vaksinasi serta komitmen kerajaan Persekutuan untuk memberikan 591,532 dos vaksin COVID-19 kepada Pulau Pinang pada Julai dan mengoptimumkan operasi pusat vaksinasi, jumlah dos vaksin yang diberikan berada pada aliran meningkat dan ke arah mencapai nilai ambang 10 peratus divaksinasi sepenuhnya.
Bagaimanapun, katanya untuk mempunyai pelan keluar yang berkesan, berkongsi data yang telus dan komprehensif untuk setiap indikator adalah penting berikutan hanya dengan mempunyai maklumat terkini yang mencerminkan situasi sebenar di lapangan, rakyat dan sektor swasta dapat bertindak secara kolektif dan sewajarnya untuk mencapai indikator bagi pelbagai peringkat pelan keluar tersebut.
Oleh itu, katanya ketelusan data peringkat negeri mengenai ujian saringan harian yang dijalankan; ketersediaan katil ICU dalam sistem penjagaan kesihatan dan jumlah vaksin yang dibekalkan amat diperlukan.
"Pada masa ini, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) cawangan Pulau Pinang dan kerajaan negeri memudahkan ujian saringan COVID-19 untuk mengenal pasti kes seawal mungkin untuk membendung penularan sebelum berubah menjadi kluster baharu.
"Banyak pusat vaksinasi telah diwujudkan oleh negeri dan sektor swasta untuk menyokong peningkatan jumlah vaksinasi, dan yang penting, sektor swasta bersedia untuk menyokong keperluan sistem penjagaan kesihatan awam dan meningkatkan kemudahan tersebut," katanya.
Selain itu, katanya penguatkuasaan SOP yang berterusan di seluruh negara dan sekatan pergerakan bersasar dapat menjadi satu-satunya cara untuk mencapai keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan kehidupan dalam kalangan rakyat dan perniagaan, terutamanya yang terjejas teruk oleh sekatan pergerakan.
Bernama
Sat Jul 03 2021

Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) cawangan Pulau Pinang dan kerajaan negeri memudahkan ujian saringan COVID-19 untuk mengenal pasti kes seawal mungkin. - Gambar hiasan

Wanita maut dirempuh kereta selepas jatuh motosikal langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.

Harungi fasa transisi endemik dengan dasar konstruktif
Orang ramai perlu menjaga kesihatan diri dengan lebih baik walaupun dalam peringkat endemik, dan disokong dengan sistem, mekanisme dan dasar yang lebih tersusun di pihak kerajaan.

PPN: Peralihan fasa di lapan negeri, Melaka dan Lembah Klang ke Fasa 4 - PM
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa bagi lapan negeri.

Institusi pendidikan dibuka dua minggu selepas peralihan fasa PPN - KPM
Ia melibatkan tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan peralihan fasa yang berbeza bermula 24 September

PPN: Negeri Sembilan, Pahang dan Johor beralih fasa bermula 24 Sept - PM
Negeri Sembilan beralih daripada Fasa 3 kepada Fasa 4, Pahang daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 dan Johor daripada Fasa 1 kepada Fasa 2.

COVID-19: Angka kemasukan ke hospital jadi indikator peralihan fasa PPN - Tengku Zafrul
Bilangan kes kemasukan hospital baharu yang bergejala akan menjadi indikator peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Peralihan fasa PPN: Pendekatan tidak berpusat bagi negeri lebih pragmatik untuk kesihatan awam, ekonomi
Ini berdasarkan situasi COVID-19 dan kemajuan program imunisasi adalah berbeza di setiap negeri.