KUALA LUMPUR: Malaysia telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April yang menyaksikan pembukaan semula banyak sektor dan aktiviti ekonomi serta kehadiran orang ramai.
Dengan peralihan ke endemik, sekatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang sebelum ini dikenakan untuk membanteras penularan COVID-19 telah dilonggarkan, membuka jalan bagi kebanyakan aktiviti termasuk solat berjemaah yang diadakan seperti biasa.
Walau bagaimanapun, pakar kesihatan mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah perkara itu dan tidak mengurangkan risiko virus yang membawa maut yang masih berlegar dalam masyarakat.
Pakar Perubatan dan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman ketika dihubungi Bernama, mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa memakai pelitup muka di mana sahaja mereka berada terutama di kawasan tertutup dan tempat terbuka yang sesak, seperti bazar Ramadan.
SEMUA ANDA PERLU TAHU BERHUBUNG COVID-19
Beliau menambah virus SARS-CoV-2 (yang menyebabkan jangkitan COVID-19) kebanyakannya merebak melalui udara dan oleh itu, adalah penting bagi tempat tersebut untuk mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
"Hotel yang menawarkan majlis berbuka puasa harus memastikan pengudaraan di dalam restoran dan ruang hotel adalah baik...
"Begitu juga di masjid dan surau, sebaiknya buka semua pintu dan tingkap," nasihat Dr Adeeba.
Beliau juga menggesa individu yang layak agar memastikan dos inokulasi COVID-19 mereka adalah lengkap termasuk dos penggalak.
Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam Dr Hanafiah Bashirun dari Hospital Kasih Cyberjaya berkata setiap orang perlu menjaga kesihatan diri dan mematuhi tiga SOP asas iaitu memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan.
Beliau berkata ini adalah amalan perlu jika negara beralih ke fasa endemik sepenuhnya.
"Tidak kira jika fasa telah berubah, SOP pada dasarnya kekal, iaitu memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan kerap menggunakan sanitiser. Yang penting adalah kita mesti sentiasa mematuhi (SOP) kerana tujuannya adalah untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19.
"Namun, jika kita benar-benar mahu beralih ke fasa endemik, maka kita mesti pandai menjaga diri dan mematuhi tiga SOP asas," kata Dr Hanafiah.
Sementara itu, Pensyarah Kanan dan Ahli Epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman berkata peralihan ke endemik adalah fasa percubaan bagi memastikan kemasukan selamat ke fasa endemik penuh.
Beliau berkata selain meneruskan usaha berterusan dalam vaksinasi, segala usaha dalam pematuhan SOP seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan komitmen daripada semua individu dalam komuniti serta kerjasama daripada semua organisasi.
"Pemakaian pelitup muka, menjaga kebersihan tangan dan mengelakkan orang ramai harus sentiasa diamalkan apabila berada di kawasan awam," katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan masyarakat agar terus berwaspada terhadap penularan COVID-19 dalam fasa peralihan ke endemik dengan terus memakai pelitup muka bagi mencegah jangkitan.
Beliau berkata pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu terutama di kawasan berisiko tinggi seperti tempat tertutup dengan pengudaraan yang kurang baik, tempat sesak dan tempat individu melakukan interaksi jarak dekat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022

Walau bagaimanapun, pakar kesihatan mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah perkara itu dan tidak mengurangkan risiko virus yang membawa maut yang masih berlegar dalam masyarakat. - Gambar hiasan
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Dr Adeeba dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara
Pakar Penyakit Berjangkit Negara, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara.

Malaysia hilang 30 graduan perubatan UM kepada Singapura setiap tahun - Dr Adeeba
Setiap tahun, 30 graduan perubatan terbaik Universiti Malaya mencari peluang yang lebih baik di negara jiran, Singapura.

Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.

Dr Adeeba dilantik Pesuruhjaya Suruhanjaya Global berkaitan dadah
Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman merupakan rakyat Malaysia pertama memegang jawatan Pesuruhjaya Suruhanjaya Global Polisi Dadah.

MAF komited tangani peningkatan kes HIV, AIDS - Dr Adeeba
Sebelum ini MAF alami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan banyak pihak yang terlibat membantu memerangi COVID-19.

Peralihan ke endemik: Waspada, jangan ambil mudah - Pakar Kesihatan
Malaysia telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April yang menyaksikan pembukaan semula banyak sektor dan aktiviti ekonomi serta kehadiran orang ramai.

Tanpa 'lockdown', Taiwan berjaya kawal penularan COVID-19, kata Dr Adeeba
Tiga negara lain yang berjaya mengawal penularan COVID-19 ialah Vietnam, Bhutan dan sebuah negara paling miskin di Afrika, Rwanda.

Jangan hanya tumpu bentuk imuniti kelompok, perlu vaksin seramai mungkin - Dr Adeeba
Dr Adeeba berkata apa yang penting dalam program vaksin kebangsaan adalah untuk melindungi mereka yang berisiko dijangkiti COVID-19 yang teruk.

Agong bangga atas pelantikan Dr Adeeba sebagai anggota Majlis Sains WHO
Pakar penyakit berjangkit negara Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman atas pelantikan menjadi anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr Christopher Lee diangkat sebagai Presiden Majlis AIDS Malaysia baharu
Perkara itu disahkan oleh Dekan Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menerusi Twitter rasminya.