PUTRAJAYA: Kerajaan telah memulakan peralihan ke subsidi bersasar dengan mengurangkan subsidi bagi pengguna elektrik voltan sederhana dan tinggi bukan domestik kerana subsidi secara pukal adalah tidak efisien dan tidak lestari.
"Kita mendapat banyak kritikan dalam kalangan industri tetapi peralihan ini bukan lagi satu pilihan," kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad semasa berucap pada perhimpunan tahun baharu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan sistem bekalan elektrik negara mempunyai daya harap yang tinggi dan tidak memberi impak negatif kepada alam sekitar serta pada masa yang sama mengekalkan kadar tarif yang mampu dibayar oleh semua penduduk di Malaysia.
Katanya kerajaan juga telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan penjanaan tenaga elektrik daripada Tenaga Boleh Baharu (TBB) di masa hadapan dan meminta warga NRECC untuk memudah cara penyertaan industri, memastikan kos menjalankan perniagaan berpatutan serta mengurangkan karenah birokrasi bagi TBB berkembang.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata kementeriannya akan membangunkan Dasar Air Negara dengan menekankan peranan air dalam kerangka pengurusan membabitkan alam sekitar, perubahan iklim, tenaga, biodiversiti serta sumber asli.
Beliau berkata kira-kira 90 peratus daripada bencana alam seluruh dunia adalah berkaitan air sama ada banjir atau kemarau yang menyebabkan berjuta-juta kerugian setiap tahun.
Menurut Nik Nazmi kementeriannya perlu memperkukuh strategi pelaksanaan membabitkan pengurangan risiko bencana dan impak perubahan iklim iaitu banjir yang merupakan satu daripada fokus utama kerajaan pada masa ini.
"Kementerian harus mengambil kira dan memberi keutamaan kepada rakyat terutama golongan B40 dalam pengurusan banjir. Ini termasuklah pemuliharaan kawasan tadahan air sebagai khazanah alam yang sangat penting dalam menjamin sumber air negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023

Nik Nazmi menjawab pertanyaan media selepas Majlis Himpunan Tahun Baharu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ekonomi negara membanggakan, harap Kerajaan terus pertingkatkan - Agong
Kerajaan perlu pastikan prestasi baik ini bawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat, bukan beri keuntungan kepada kumpulan tertentu sahaja

Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.

Inflasi Malaysia diunjur cecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025
Inflasi Malaysia diunjurkan mencecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025, dengan mengambil kira langkah dasar domestik yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025.

Kerajaan ambil langkah pelbagaikan dan tingkatkan sumber pendapatan negara - Lim
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara, antaranya menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.

Kerajaan masih teliti semula subsidi, bantuan kepada rakyat termasuk petrol RON95
Pelaksanaan subsidi bersasar RON95 akan diperincikan dari semua aspek supaya inisiatif itu dapat berjalan dengan lancar.

Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.
![[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara [KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720263071_NozelMinyak.jpg)
[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara
Pengumuman kerajaan pada Mei lepas yang bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel mencipta pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia terutama di laman media sosial.

MAA jangka impak penyasaran subsidi diesel ke atas jumlah jualan keseluruhan industri tidak ketara
Di Malaysia, kebanyakan kenderaan yang menggunakan enjin diesel adalah trak pikap, van dan kenderaan perdagangan.

Kerajaan salur RM1 bilion sebulan subsidi diesel, ketirisan RM4.5 juta sehari - Amir Hamzah
Kerajaan membelanjakan RM1 bilion setiap bulan untuk subsidi diesel manakala kerugian akibat ketirisan mencatatkan jumlah yang besar sebanyak RM4.5 juta sehari.