KUALA LUMPUR: Peralihan tenaga bersih Malaysia untuk sektor kuasa akan membawa pelaburan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan mensasarkan kumulatif pelaburan langsung bernilai RM53 bilion atau AS$12 bilion dan 47,000 peluang pekerjaan diwujudkan menerusi peralihan itu.
"Peralihan (tenaga) itu boleh dicapai menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia yang memfokuskan kepada empat sumber utama tenaga boleh baharu iaitu suria, biojisim, biogas dan hidro. Negara komited dalam membangunkan sektor tenaga yang mantap, stabil dan rendah karbon serta ia diletakkan dalam agenda pembangunan negara.
"Hasrat tersebut terdapat dalam banyak dasar kerajaan seperti Rancangan Malaysia Ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Ini menunjukkan komitment kerajaan dalam memastikan satu sistem tenaga yang stabil, saksama dan lestari di Malaysia," katanya dalam ucapan.
Ucapan tersebut dibacakan oleh Timbalan Menteri KeTSA Datuk Ali Biju sebelum merasmikan Forum Kuasa Bersih dan Tenaga Baharu Tahunan Kedua di sini hari ini.
Bagaimanapun, Takyuddin berkata peralihan sektor tenaga Malaysia tidak boleh dicapai tanpa penyertaan sektor swasta dan percaya dengan sokongan semua pemain industri tenaga, aspirasi Malaysia ke arah masa depan yang lebih bersih akan menjadi realiti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan mensasarkan kumulatif pelaburan langsung bernilai RM53 bilion atau AS$12 bilion dan 47,000 peluang pekerjaan diwujudkan menerusi peralihan itu. - Gambar fail/BERNAMA
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Pelan hala tuju IATA papar kemungkinan peralihan tenaga menjelang 2050
Pelan itu juga dengan jelas menunjukkan usaha penyahkarbonan menjelang 2050 itu berkemungkinan dapat direalisasikan.
TPM Fadillah adakan pertemuan dengan dua menteri Indonesia
Selain topik kerjasama memperkukuh hubungan ASEAN, mereka turut bertukar pandangan mengenai hal peralihan tenaga dan transformasi air.
ISES 2024: Bukti Malaysia serius laksana peralihan tenaga, capai sasaran sifar karbon 2050
Peralihan tenaga boleh baharu memerlukan tindakan segera susulan kesan sosio ekonomi akibat perubahan iklim yang semakin ketara.
Bank Malaysia dana projek loji jana kuasa arang batu di Vietnam?
Proses pengumpulan dana sehingga AS$2.68 bilion (RM12.64 bilion) adalah 'salah satu yang terbesar seumpamanya yang dikumpul oleh bank Malaysia untuk projek luar negara'.
Pasaran modal perlu permudah pengumpulan dana, pelaburan untuk kemampanan
Pasaran modal Malaysia perlu bersedia untuk memudahkan pengumpulan dana serta pelaburan bagi menyokong usaha kerajaan dalam mencapai matlamat kemampanan dan iklim, dengan mengambil kira keperluan pemb
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.
Malaysia perlu peruntukan sehingga RM90 bilion biayai projek tenaga kritikal 10 tahun akan datang
Malaysia memerlukan peruntukan sebanyak RM60 bilion hingga RM90 bilion untuk membiayai projek kritikal melibatkan peralihan tenaga dalam tempoh 10 tahun akan datang.
PM Anwar sampaikan ucaptama di acara PKS terbesar Jerman hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama di acara Zukunftsag Mittelstand atau Hari Masa Depan untuk PKS anjuran BVMW.
Penggunaan tenaga secara cekap kurangkan pembebasan gas rumah hijau - SEDA
Amalan penggunaan tenaga dengan cekap adalah paling utama untuk memastikan kelestarian alam.