Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
“Berilah sokongan dalam bentuk sama ada buku-buku latihan, buku-buku rujukan.
“Kemudian anak-anak ini juga boleh didedahkan, digalakkan dengan sokongan digital seperti peralatan di mana anak-anak ini boleh menonton video-video sains ataupun segala ceramah dalam talian,” katanya dalam temu bual bersama AWANI Pagi, hari ini.
Beliau yang juga Pengarah Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya menegaskan, guru turut berperanan mendedahkan pelajar kepada ceramah motivasi serta kejayaan dalam bidang STEM.
Katanya, langkah ini boleh membuka minda mereka terhadap peluang kerjaya di Malaysia dan luar negara.
“Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima,” katanya.
Pada Disember lalu, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Tags: sains, teknologi, STEM, pendidikan
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)