KANGAR: Peranan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak terhad kepada isu kenaikan harga barang, sebaliknya ia lebih luas dan melibatkan usaha mengatasi masalah inflasi secara keseluruhan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata penubuhan jawatankuasa itu merupakan langkah proaktif kerajaan setelah mendapat gambaran menyeluruh situasi yang berlaku di kebanyakan negara di dunia yang menghadapi masalah tersebut.
"Kita perlu mengambil tindakan awal bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dari sudut kos sara hidup," katanya pada sidang media sempena perasmian Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra di sini hari ini.
Beliau berkata sebagai permulaan jawatankuasa itu telah memberi tumpuan kepada usaha menangani isu kenaikan harga barang tertentu seperti ayam dan minyak masak.
"Untuk berikutnya jawatankuasa ini akan melihat perkara-perkara lain yang terikat kepada masalah inflasi," katanya yang turut berterima kasih kepada pihak industri atas kerjasama mereka mengikut syor jawatankuasa itu dalam menangani isu kenaikan harga barang.
Selain itu, katanya pada ketika ini jawatankuasa berkenaan berpendirian tidak boleh membenarkan eksport ayam selagi bekalan dalam negara tidak stabil dan keperluan domestik dipastikan terjamin terlebih dahulu.
"Kita akan membuat penilaian berapa keperluan domestik terlebih dahulu, pada ketika ini keperluan dalam negara adalah 69 juta metrik tan sebulan atau kira-kira dua juta metrik tan sehari.
"Jika pengeluaran ayam berada pada tahap kira-kira 70 juta metrik tan sebulan dan ke bawah, maka kita masih tidak boleh eksport," katanya.
Terdahulu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan serta menamakan kompleks penyiaran baharu Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Perlis sebagai Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra.
Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan barisan Exco kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022
![Peranan pasukan jihad inflasi luas, tidak terhad isu harga barang - Annuar Peranan pasukan jihad inflasi luas, tidak terhad isu harga barang - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660394343_TBannuarmusa.jpg)
Tan Sri Annuar Musa berkata penubuhan jawatankuasa itu merupakan langkah proaktif kerajaan setelah mendapat gambaran menyeluruh situasi yang berlaku di kebanyakan negara di dunia yang menghadapi masalah tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan - Fuziah Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658024420_FuziahSalleh.jpg)
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan - Fuziah
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan tahun lepas di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak diteruskan lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
![Tambah subsidi 2 sen antara cadangan atasi masalah bekalan telur ayam - Annuar Tambah subsidi 2 sen antara cadangan atasi masalah bekalan telur ayam - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666079060_AnnuarMusa.jpg)
Tambah subsidi 2 sen antara cadangan atasi masalah bekalan telur ayam - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mencadangkan beberapa langkah kepada kerajaan termasuk meningkatkan subsidi sebanyak 2 sen dalam usaha mengatasi masalah bekalan telur ayam gred terkawal.
![Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bincang bekalan barangan musim banjir minggu depan - Annuar Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bincang bekalan barangan musim banjir minggu depan - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666443748_ANUARMUSA.jpg)
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bincang bekalan barangan musim banjir minggu depan - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan di Putrajaya bagi membincangkan beberapa perkara terutama untuk menangani kekurangan bekalan barangan ketika musim banjir
![Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa bantu ringankan beban pelajar IPT - Mustapa Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa bantu ringankan beban pelajar IPT - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664446830_DatukSeriMustapha.jpg)
Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa bantu ringankan beban pelajar IPT - Mustapa
JMKM Siswa merupakan projek rintis bagi membantu mengurangkan beban ditanggung siswa, dan akan diperluaskan ke IPTA lain selepas ini.
![Banjir: Pastikan barang keperluan mencukupi Banjir: Pastikan barang keperluan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663278215_AlexanderNanta.jpg)
Banjir: Pastikan barang keperluan mencukupi
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini mahu bekalan barangan keperluan di negeri-negeri dijangka terjejas banjir dipastikan mencukupi, serta tidak memberi kesan yang ketara terhadap harga barang-
![Annuar sangkal tuduhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal Annuar sangkal tuduhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663189548_TanSriAnnuarMusa.jpg)
Annuar sangkal tuduhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal
Ia termasuk tuduhan pasukan itu gagal mengawal kenaikan Kadar Dasar Semalaman yang diumumkan Bank Negara Malaysia baru-baru ini.
![Peranan Pasukan Khas Tangani Inflasi bukan tentang OPR sahaja - Annuar Peranan Pasukan Khas Tangani Inflasi bukan tentang OPR sahaja - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662189156_AnnuarMusa.jpg)
Peranan Pasukan Khas Tangani Inflasi bukan tentang OPR sahaja - Annuar
Peranan yang dimainkan Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bukan berlegar pada Kadar Dasar Semalaman (OPR) sahaja, sebaliknya turut memberi perhatian kepada harga barang keperluan rakyat.
![Tindakan tegas jika jual ayam melebihi harga siling - Mustapa Tindakan tegas jika jual ayam melebihi harga siling - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656141053_ayam.jpg)
Tindakan tegas jika jual ayam melebihi harga siling - Mustapa
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual ayam melebihi harga siling RM9.40 sekilogram yang ditetapkan.
![Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661430312_TBANNUARMUSAjpg.jpg)
Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.
![Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661774844_AnnuarMusa.jpg)
Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar
Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.